Skip to main content

Pusat Geospatial Negara akan menerima lawatan polisi dan teknikal daripada FELCRA di bawah Inisiatif FELCRA Geospatial & Earth Observation (FGEO) . Antara agenda lawatan ini termasuklah memberi pengenalan kepada Pusat Geospatial Negara, perkongsian Data Geospatial kepada Akademia serta aplikasi Geospatial. 

Lawatan ini dijangka akan diadakan seperti ketetapan berikut: 

Tarikh : 5 Januari 2026 (Isnin)
Masa : 9.30 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat Permata, Aras 7, Menara PETRA
Pengerusi : Ts Rusliza Hanim binti Maarif, Pengarah PGN