Melalui MyGOS, Agensi Kerajaan dapat mengemaskini dan mengakses maklumat geospatial secara atas talian dan real – time serta membantu dalam membuat keputusan, merangka strategi serta menganalisis maklumat dengan cepat dan tepat.
Perkongsian maklumat geospatial adalah kolaborasi strategik yang terbaik bagi faedah sinergi kepada Agensi Kerajaan yang terlibat. Ini membolehkan integrasi maklumat geospatial dilakukan untuk manfaat semua dan bukan terhad kepada kepentingan sesuatu agensi sahaja.