Skip to main content
Please wait...

Apa itu map service?

Map service merupakan perkhidmatan peta web yang memaparkan data atau maklumat geografi dalam beberapa lapisan imej peta melalui Internet. Map service menggunakan dataset geografi yang juga terdiri daripada gabungan data dan parameter yang berbeza-beza untuk menentukan dan memaparkan imej peta yang lebih dinamik, interaktif dan pintar.

Apa itu MyGeo Data Services?

MyGeo Data Services adalah sebuah aplikasi yang menyediakan maklumat berdasarkan 12 kategori data asas geospatial yang dikongsikan dan disediakan oleh agensi kepada agensi Kerajaan yang lain atau Government to Government (G2G) melalui map services yang selamat dengan menggunakan persekitaran yang disediakan oleh Kerajaan.

Bagaimana Aplikasi MyGeoMap memberi manfaat kepada orang awam?

Aplikasi MyGeoMap merupakan aplikasi yang memaparkan maklumat geospatial agensi-agensi Kerajaan dan swasta kepada orang awam. Ia merupakan one stop center kepada pengguna awam untuk membuat carian pelbagai maklumat dan lokasi berkaitan premis Kerajaan. Aplikasi ini juga menyediakan fungsi crowdsource  yang membolehkan pengguna awam berkongsi maklumat mengenai banjir, klinik dan restoran.

Apakah Metadata?

">
  • Metadata adalah 'data mengenai data'. Ia adalah maklumat yang menerangkan mengenai data/ maklumat/ perkhidmatan sesuatu produk. Ia merangkumi kesemua persoalan seperti siapa, apa, bila, dimana, kenapa dan bagaimana mengenai produk tersebut.Metadata adalah sebagai penyampai maklumat mengenai sesuatu produk/perkhidmatan.

Adakah audio sebutan nama-nama geografi dan imej ejaan jawi yang terdapat pada modul di dalam aplikasi MyGeoName telah disemak dan ditentusahkan?

  • Ya. Imej ejaan jawi yang terdapat di dalam aplikasi MyGeoName telah disemak dan disahkan oleh Munsyi Dewan (Jawi) iaitu individu yang telah ditauliahkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk menjalankan kerja-kerja transliterasi ejaan jawi. Audio sebutan nama geografi dalam Bahasa Melayu Rasmi dan Dialek Tempatan pula telah disahkan oleh pakar linguistik yang telah dilantik oleh PGN dan dipersetujui oleh DBP.

Apakah Pangkalan Data Nama Geografi (PDNG) dan Gazetir Kebangsaan dan MyGeoName?

  • Pangkalan Data Nama Geografi (PDNG) merupakan merupakan bank data yang menyimpan nama, lokasi, sejarah dan entiti nama geografi yang telah disahkan dalam format yang tekal untuk kegunaan rasmi kerajaan dan awam. Gazetir pula, merupakan indeks yg menyenaraikan nama-nama geografi yang terdapat di dalam PDNG.
  • Keseluruhan pangkalan data ini dipaparkan kepada pengguna secara atas talian melalui Aplikasi MyGeoName. Pengguna juga boleh memuat turun dokumen gazetir melalui aplikasi MyGeoName.

Adakah PGN menyediakan maklumat kod dan nama sempadan pentadbiran tanah? Bagaimana maklumat ini dikongsi kepada pengguna?

  • Ya. Pengguna boleh melayari Aplikasi UPI melalui pautan: https://mygos.mygeoportal.gov.my/upi/. Pengguna boleh memuat turun senarai kod dan nama sempadan pentadbiran tanah dalam format pdf dan excell melalui fungsi muat turun yang terdapat di dalam aplikasi tersebut. Perkongsian data dalam format spatial pula boleh diperolehi melalui permohonan secara rasmi kepada PGN. Sila rujuk .
Subscribe to Aplikasi