Anugerah Geospatial Kebangsaan - National Geospatial Awards (NGA) 2025
- Mengiktiraf sumbangan cemerlang terhadap inovasi geospatial
- Menggalakkan persaingan sihat dalam kalangan pihak berkepentingan
- Mempromosikan kerjasama antara sektor awam, industri dan akademia
- Meningkatkan kesedaran mengenai peranan aplikasi geospatial dalam pembangunan negara
- Menggalakkan penggunaan dan penghasilan teknologi perisian dan aplikasi geospatial tempatan
Penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada pelbagai sektor - kerajaan persekutuan, kerajaan negeri, akademia serta industri yang mempunyai projek aplikasi berkaitan geospatial.
Mengapa Sertai NGA 2025?
- Pengiktirafan Berprestij
Projek anda berpeluang diiktiraf di peringkat kebangsaan melalui NGA 2025.
- Jaringan Komuniti Geospatial
Membuka peluang kepada anda untuk terlibat secara langsung dalam ekosistem dan komuniti geospatial kebangsaan serta mengukuhkan jaringan profesional dalam sektor awam, industri, akademia dan organisasi berkaitan.
- Peluang Pembentangan Eksklusif
Finalis akan dijemput untuk membentangkan projek masing-masing di pentas NGIS-10 pada 7 dan 8 Oktober 2025 bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
- Booth Pameran dan Promosi Projek
Finalis akan dijemput untuk membuka booth semasa NGIS-10 yang berfungsi sebagai ruang penilaian oleh juri serta platform promosi kepada pengunjung.
- Hadiah untuk 3 Pemenang bagi Setiap Kategori
Penyampaian hadiah akan disempurnakan dalam majlis penutup NGIS-10.
Tarikh Tutup Penyertaan: 27 Ogos 2025
Lengkapkan Laporan, Borang Pengesahan Penyertaan dan hantar penyertaan melalui pautan Borang Penyertaan Pertandingan Anugerah Geospatial Kebangsaan - National Geospatial Award (NGA) 2025
Pertanyaan
Sebarang pertanyaan lanjut boleh dikemukakan melalui e-mel ngis@nres.gov.my atau kepada sekretariat NGA 2025 seperti berikut:
- Puan Rita Rosniza binti Ibrahim: 03-8886 1160
- Encik Muhamad Hafiz bin Yeop Idris: 03-8886 1163
- Puan Ani Khairiah binti Arudin: 03-8886 1194
Kategori Kerajaan Persekutuan
- Terbuka kepada kementerian, jabatan dan agensi persekutuan yang melaksanakan projek geospatial yang berimpak tinggi dan sejajar dengan dasar pembangunan negara
- Maksimum dua (2) penyertaan projek bagi setiap organisasi/ agensi
- Penghasilan projek geospatial hendaklah diterajui oleh organisasi/ agensi sendiri
- Projek telah dilaksanakan sekurang-kurangnya dalam tempoh setahun
- Setiap penyertaan perlu mendapat pengesahan daripada ketua organisasi/ agensi
- Penyertaan bagi projek yang pernah memenangi anugerah ini tidak akan dipertimbangkan
- Organisasi/ agensi perlu bersedia untuk berkongsi idea dengan organisasi/ agensi lain sekiranya terpilih sebagai pemenang
Kategori Kerajaan Negeri
- Terbuka kepada semua agensi sektor awam Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Badan Berkanun yang melaksanakan projek geospatial serta menunjukkan penggunaan teknologi geospatial yang berimpak tinggi dalam tadbir urus tempatan atau negeri
- Maksimum dua (2) penyertaan projek bagi setiap organisasi/ agensi
- Penghasilan projek geospatial hendaklah diterajui oleh organisasi/ agensi sendiri
- Projek telah dilaksanakan sekurang-kurangnya dalam tempoh setahun
- Setiap penyertaan perlu mendapat pengesahan daripada ketua organisasi/ agensi
- Penyertaan bagi projek yang pernah memenangi anugerah ini tidak akan dipertimbangkan
- Organisasi/ agensi perlu bersedia untuk berkongsi idea dengan organisasi/ agensi lain sekiranya terpilih sebagai pemenang
Kategori Industri
- Terbuka kepada syarikat atau organisasi industri yang membangunkan dan mengaplikasikan penyelesaian geospatial yang memberi impak kepada kelestarian pembangunan negara
- Maksimum dua (2) penyertaan projek bagi setiap syarikat
- Penghasilan projek geospatial hendaklah diterajui oleh pihak syarikat sendiri. Sekiranya projek melibatkan kerjasama dengan agensi sektor awam (contohnya projek kerajaan di mana syarikat bertindak sebagai vendor), kebenaran bertulis daripada agensi berkenaan perlu diperoleh sebelum menghantar penyertaan. Penyertaan projek kerjasama tanpa kebenaran bertulis adalah tidak dibenarkan dan akan dibatalkan
- Projek telah dilaksanakan sekurang-kurangnya dalam tempoh setahun
- Setiap penyertaan perlu mendapat pengesahan daripada pemilik syarikat/ ketua bahagian/ ketua projek berkaitan
- Penyertaan bagi projek yang pernah memenangi anugerah ini tidak akan dipertimbangkan
- Pihak syarikat perlu bersedia untuk berkongsi idea dengan pihak kerajaan sekiranya terpilih sebagai pemenang
Kategori Akademia
- Terbuka kepada institusi pengajian tinggi dan penyelidik yang menjalankan kajian atau projek geospatial yang menyumbang kepada pembangunan ilmu, penyelesaian teknikal atau aplikasi praktikal dalam bidang geospatial. Keutamaan diberikan kepada projek berinovasi tinggi yang mempunyai potensi aplikasi di peringkat kebangsaan
- Maksimum dua (2) penyertaan projek bagi setiap institusi pendidikan
- Penyertaan terbuka kepada pensyarah atau pelajar secara individu atau berkumpulan
- Setiap penyertaan perlu mendapat pengesahan daripada Ketua Jabatan/ Dekan
- Penyertaan bagi projek yang pernah memenangi anugerah ini tidak akan dipertimbangkan
- Peserta perlu bersedia untuk berkongsi idea dengan organisasi/ agensi lain sekiranya terpilih sebagai pemenang
Kriteria penilaian NGA 2025 adalah seperti berikut :
Bil. | Kategori | Peratus (%) | Kriteria dan Penerangan | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
i. | Inovasi / Idea | 25% |
Tahap keaslian idea |
|||||||||
Kreativiti penyelesaian Menilai sejauh mana penyelesaian yang ditawarkan menunjukkan pendekatan kreatif dan luar kotak. |
||||||||||||
Keunikan penggunaan teknologi Menilai cara teknologi digunakan secara unik dan memberi nilai tambah. |
||||||||||||
ii. | Impak | 25% |
Skop dan saiz impak Menilai kesan projek terhadap organisasi, masyarakat atau sektor. |
|||||||||
Relevansi kepada keperluan semasa Menilai sejauh mana projek menjawab isu atau keperluan semasa negara/ sektor. |
||||||||||||
Sumbangan kepada organisasi / masyarakat Menilai tahap manfaat praktikal kepada pengguna akhir. |
||||||||||||
iii. | Kelestarian | 25% |
Potensi jangka panjang Menilai kebolehlaksanaan projek dalam jangka masa panjang. |
|||||||||
Penjimatan sumber/ kos Menilai kecekapan penggunaan masa, tenaga dan kewangan. |
||||||||||||
Sokongan kepada dasar pembangunan mampan Menilai sokongan kepada dasar SDG/ kelestarian negara. |
||||||||||||
iv. | Kolaborasi | 25% |
Bilangan dan jenis pihak terlibat Menilai bilangan dan variasi rakan kerjasama. |
|||||||||
Peranan dan sumbangan pihak Menilai tahap penglibatan rakan kerjasama. |
||||||||||||
Sumber data projek Menilai kaedah dan kepelbagaian data yang digunakan (contoh: lapangan, PGN, perkongsian agensi). |
||||||||||||
Kaedah perkongsian data Menilai keberkesanan kaedah perkongsian data dengan agensi lain. |
Sijil Penyertaan
Semua peserta akan menerima Sijil Penyertaan sebagai penghargaan rasmi atas komitmen dan penyertaan dalam NGA 2025.
Pengiktirafan Pemenang
- Pemenang Utama bagi kategori Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, dan Akademia akan menerima wang tunai, trofi, sijil dan ruangan khas dalam Buletin Geospatial Sektor Awam (BGSA) Edisi 2025.
- Pemenang bagi kategori Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Akademia dan Industri akan menerima trofi, sijil dan ruangan khas dalam Buletin Geospatial Sektor Awam (BGSA) Edisi 2025.