Skip to main content
Please wait...

Award and Achievement

Pengiktirafan dan Pencapaian

MaCGDI wins global tech award for advanced planning tool

2016 : Pusat Infrastruktur Data Geospatial Negara (MaCGDI) telah memenagi Anugerah Pencapaian Khas Berprestij di dalam Anugerah Khas GIS (SAG) bagi aplikasi MyGOS. MyGOS merupakan sebuah aplikasi yang dapat membantu pengguna membuat keputusan yang digunakan oleh agensi kerajaan dalam menyokong pengurusan dan pentadbiran di dalam perkhidmatan awam.

Anugerah ini telah diumumkan oleh Jack Dangermond, Pengasas dan Presiden Esri di Esri International User Conference yang telah diadakan San Diego, California.

MaCGDI telah terpilih daripada lebih 350,000 organisasi sektor komersial dan awam di seluruh dunia untuk menerima penghormatan, yang mengiktiraf teknologi inovatif menggunakan Sistem Maklumat Geografi (GIS) untuk menyelesaikan cabaran dunia nyata. MyGOS (Malaysia Geospatial Online Services) adalah platform yang memudahkan perkongsian maklumat geospatial di kalangan agensi kerajaan dan sektor swasta. 

Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) MaCGDI

MaCGDI telah memulakan persiapan ke arah mendapatkan persijilan ISMS ISO/IEC 27001:2005 pada tahun 2013. Pada 3 Julai 2014, MaCGDI telah berjaya mendapat pensijilan ISMS ISO/IEC 27001:2005 di bawah skop “Pengoperasian Pusat Data MaCGDI, Putrajaya” daripada SIRIM QAS Sdn. Bhd. Pada 27 Julai 2015, MaCGDI telah mendapat sijil peralihan standard dari ISO/IEC 27001:2005 kepada ISO/IEC27001:2013 di bawah skop “Perkongsian Data Geospatial MaCGDI, Putrajaya” iaitu menepati fungsi MaCGDI sebagai Pusat Penyebaran Maklumat Geospatial Negara.