Skip to main content
Application Categories

Aplikasi MyGeoName memaparkan senarai nama-nama geografi di Malaysia berserta elemen lain seperti paparan lokasi di atas peta, maklumat sejarah, ejaan nama geografi dalam tulisan jawi serta audio sebutan nama geografi. Ejaan nama geografi dalam MyGeoname telah disahkan dan dipersetujui oleh wakil kerajaan negeri melalui Jawatankuasa Kebangsaan Nama Geografi (JKNG).

Aplikasi MyGeoname telah dibangunkan sejak tahun 2009 dan telah dinaiktaraf pada tahun 2016 dengan menambah baik paparan antara muka aplikasi berserta reka bentuk pangkalan data yang baharu.

Pengguna Sasaran

Pengguna Awam

Kegunaan Aplikasi

Rujukan pengguna awam membuat semakan ejaan, sebutan dan lokasi nama-nama tempat geografi yang betul. Selain pengguna dalam negara, MyGeoName turut dirujuk oleh dilayari oleh pengguna antarabangsa untuk memahami kaedah penamaan geografi, dari segi bentuk bahasa, sebutan dialek dan sebagainya yang dipraktikkan di Malaysia.
 

Maklumat dalam aplikasi MyGeoname adalah sahih dari sumber yang dipercayai . Rujukan utama maklumat nama geografi di Malaysia.

 

 

 

  • Carian Nama Tempat
  • Imej Ejaan Jawi
  • Audio Sebutan Nama Tempat dalam Bahasa Melayu Rasmi dan Dialek Tempatan
  • Video Visual
  • Gazetir Nama-nama Geografi
  • Sejarah Nama Geografi