Application Categories
Path Page
Aplikasi MyGeoname telah dibangunkan sejak tahun 2009 dan telah dinaiktaraf pada tahun 2016 dengan menambah baik paparan antara muka aplikasi berserta reka bentuk pangkalan data yang baharu.
Pengguna Sasaran
Pengguna Awam
Kegunaan Aplikasi
Rujukan pengguna awam membuat semakan ejaan, sebutan dan lokasi nama-nama tempat geografi yang betul. Selain pengguna dalam negara, MyGeoName turut dirujuk oleh dilayari oleh pengguna antarabangsa untuk memahami kaedah penamaan geografi, dari segi bentuk bahasa, sebutan dialek dan sebagainya yang dipraktikkan di Malaysia.
Maklumat dalam aplikasi MyGeoname adalah sahih dari sumber yang dipercayai dan menjadi rujukan utama maklumat nama geografi di Malaysia.
Kehadiran gelombang Revolusi Industri 4.0 dijangka akan menaik taraf kebanyakan pekan-pekan kecil dan bandar menjadi bandar mega bagi menampung pertambahan penduduk dan keperluan infrastruktur. Oleh itu dengan Aplikasi ini, nama-nama tempat sedia ada dapat dipelihara sejarah dan nilai estetikanya melalui gambaran persekitarannya agar tidak hilang di arus pemodenan.
- Carian Nama Tempat
- Imej Ejaan Jawi
- Audio Sebutan Nama Tempat dalam Bahasa Melayu Rasmi dan Dialek Tempatan
- Video Visual
- Gazetir Nama-nama Tempat