Skip to main content

Bengkel Pemurnian Standard Operating Procedure (SOP) Cawangan Aplikasi Geospatial (CAG), Pusat Geospatial Negara (PGN), Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)

Bengkel Pemurnian Standard Operating Procedure (SOP) Cawangan Aplikasi Geospatial (CAG), Pusat Geospatial Negara (PGN), Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) telah berlangsung selama tiga hari bermula 21 hingga 23 Mei 2025. Yang Berusaha Ts. Rusliza Hanim binti Maarif selaku Pengarah PGN telah merasmikan bengkel pada kali ini yang diadakan di Hotel Grand Riverview, Kota Bharu, Kelantan. 

Bengkel ini dianjurkan sebagai salah satu inisiatif strategik CAG untuk memperkemas dan menyeragamkan pengurusan perkhidmatan geospatial khususnya melibatkan proses kerja di Cawangan Aplikasi Geospatial yang berdasarkan penstrukturan semula organisasi dan selari dengan hala tuju Kementerian.

Bengkel ini dijalankan dengan objektif seperti berikut:

  1. Menyemak dan menambah baik proses kerja perkhidmatan geospatial sedia ada, khususnya bagi fungsi-fungsi di bawah CAG;
  2. Mengenal pasti dan menyelaras input yang diperoleh daripada pelbagai pihak berkepentingan yang terlibat dalam aktiviti CAG; dan
  3. Menghasilkan dokumen SOP yang menyeluruh dan seragam untuk Pengurusan dan Pembangunan Aplikasi Geospatial, selaras dengan rujukan utama merangkumi dokumen berikut:
    1. Pengurusan Projek ICT Sektor Awam (PPrISA) 2.0
    2. Kejuruteraan Sistem Aplikasi Sektor Awam (KRISA)

Antara hasil utama yang telah dicapai sepanjang bengkel ini dijalankan termasuklah:

  1. Penyediaan dokumen proses kerja dan senarai semak yang lengkap bagi aktiviti-aktiviti di bawah CAG; dan
  2. Penetapan proses kerja yang dicadangkan, yang akan menjadi asas kepada pembangunan Garis Panduan Perkhidmatan Geospatial PGN.

Bengkel yang dijalankan ini telah memberi pemahaman yang baik dan menyeluruh kepada semua peserta bengkel. Perhatian penuh dan kerjasama cemerlang telah diberikan oleh semua peserta berjaya memantapkan proses-proses kerja sedia ada di seksyen masing-masing demi kecemerlangan organisasi.