Skip to main content

Lawatan Industri Kelab Geoinformatik UTM bagi Program Geoconnect’25

9 Disember 2025 | Selasa | Bilik Mesyuarat Utama, Aras 10, Blok F11, Kompleks F, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Presint 1, 62000 Putrajaya

Pusat Geospatial Negara (PGN) telah menerima satu lawatan industri daripada Kelab Geoinformatik UTM bagi program Geoconnect’25 pada 9 Disember 2025 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 10, Blok F11, Kompleks F. Lawatan Industri ini disertai oleh 59 pelajar Ijazah Sarjana Muda Geoinformatik dan diiringi oleh 3 orang Pensyarah Kanan Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Tujuan utama lawatan adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar tentang teknologi aplikasi geospatial serta operasi sebenar PGN berkaitan bidang geoinformatik dalam sektor awam.

Sebagai pengisian lawatan kali ini, dua taklimat telah disampaikan iaitu Pengenalan PGN oleh Sr Dr. Noor Anim Zanariah binti Yahaya serta taklimat Pelepasan Data kepada Akademia oleh Datin Roszaharah binti Abdul Karim. Selain itu, bagi menguji kefahaman para pelajar berkenaan taklimat yang telah diberikan, pelajar-pelajar diuji dengan kuiz kahoot dan hasil daripada kuiz dapat dilihat pelajar-pelajar memahami peranan dan fungsi PGN dalam membangunkan geospatial sektor awam. Lawatan industri ini berakhir dengan sesi pertukaran cenderamata sebagai tanda penghargaan antara kedua-dua pihak.