Skip to main content
MS 1759

MS 1759 memudahkan perkongsian data geospatial di kalangan agensi-agensi merangkumi penyedia, pembekal dan pengguna data geospatial. Ia menetapkan kaedah bagi pengekodan data geospatial dan menyediakan deskripsi fitur dan atribut yang berkaitan.

MS 1759:2015   Maklumat Geografi/ Geomatik
- Kod Butiran dan Atribut

Menggambarkan kaedah pengekodan butiran dan atribut yang dibuat secara nyata. Butiran merupakan objek nyata manakala atribut adalah maklumat yang dikumpulkan daripada butiran tersebut.

Dokumen MS 1759 boleh dibeli melalui Jabatan Standard Malaysia (DSM).

 

Enjin Carian MS 1759

Enjin Carian MS 1759 dibangunkan untuk membolehkan carian dibuat secara online (dalam talian) bagi kod-kod butiran dan atribut untuk diguna pakai dalam pembangunan data geospatial. Carian boleh dilakukan dengan menggunakan kategori dan kata kunci. Hasil carian akan memaparkan Kod Butiran, Nama Butiran, Penerangan Butiran, Kod Atribut dan Nama Atribut.

Aplikasi MS 1759 telah dibangunkan pada tahun 2009 dengan carian merujuk kepada pemakaian standard MS 1759:2004 dan kemudian telah dinaiktaraf pada tahun 2016 dengan carian merujuk kepada pemakaian standard MS 1759:2015.

Pengguna Sasaran

Pengguna Data dan Pembangun Aplikasi GIS.

Kegunaan Aplikasi

Pengguna boleh membuat rujukan berkenaan butiran kod dan atribut.
  • Aplikasi MS 1759 berperanan sebagai sumber rujukan agensi lain agar data-data geospatial yang dibangunkan mematuhi standard Malaysia.
  • Perkongsian data di kalangan agensi kerajaan akan berkembang dengan lebih pesat.

 

 

  • Carian menggunakan kata kunci pada kategori, sub kategori, fitur atau atribut
  • Penggunaan dwibahasa
  • Paparan gambar butiran
  • Maklumat pengenalan MS 1759