Skip to main content

Soalan Lazim

  • Perkhidmatan infrastruktur ICT GIS yang disediakan ialah cloud MyGDI yang merangkumi Platform as A Service (PaaS) seperti pangkalan data bersepadu dan Software as A Service (SaaS) seperti aplikasi MyGOS.
  • Permohonan untuk mengadakan lawatan ke PGN hendaklah dikemukakan melalui Sistem Permohonan dan Pemantauan Perkhidmatan Geospatial (SPP-PG).
  • Sila sertakan bersama objektif, bilangan delegasi, senarai nama delegasi, jawatan (jika ada) serta cadangan tarikh/ masa lawatan. Jika melibatkan ramai pelajar adalah lebih baik diiringi oleh pensyarah.

Sebarang pertanyaan berkaitan permohonan data fundamental di PGN boleh diemelkan kepada pgn.kto@nres.gov.my

  • Sumber rujukan nama sempadan pentadbiran tanah adalah berdasarkan Warta Negeri (JUPEM Negeri) dan Pejabat Tanah & Galian (PTG Negeri).
  • Secara purata capaian perkhidmatan aplikasi GIS adalah 97%.

Permohonan data geospatial di PGN boleh dibuat melalui surat rasmi yang ditandatangani oleh Ketua Jabatan atau Dekan Universiti. Sila rujuk pautan untuk maklumat lanjut.

  • Pengguna boleh melayari Aplikasi MS 1759 melalui pautan: http://ms1759.mygeoportal.gov.my/ms1759v3/index.php. Selain itu pengguna juga boleh membeli dokumen Malaysian Standard MS 1759:2015, Geographic Information/Geomatics - Feature and Attribute Codes melalui Jabatan Standard Malaysia.

Segala maklum balas dan pertanyaan hendaklah dikemukakan kepada :

Seksyen Polisi dan Outreach
Cawangan Pembangunan Polisi, Standard dan Outreach 
Pusat Geospatial Negara(PGN) 
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam, 
Aras 7 & 8, Menara Petra No. 25, Persiaran Perdana,Presint 4 
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 
62574 Putrajaya, MALAYSIA.

Tel     : 03-8886 1209.
Fax   : 03-8889 4851.
Emel : p&o@nres.gov.my.

Segala sumbangan artikel, maklum balas atau pertanyaan lanjut hendaklah dikemukakan kepada:

Sekretariat Buletin Geospatial Sektor Awam (BGSA) 
Pusat Geospatial Negara (PGN) 
Kementerian  Sumber Asli dan Kelestarian Alam, 
Aras 7 & 8, Menara Petra
No. 25, Persiaran Perdana, Presint 4 
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 
62574 Putrajaya, MALAYSIA

Tel     : 03-8886 1209
Fax   : 03-8889 4851
Emel : p&o@nres.gov.my

Prosedur memohon latihan industri di Pusat Geospatial Negara (PGN) :

a) Buat permohonan untuk menjalani latihan industri tersebut melalui Dekan Fakulti, Institusi Pengajian Tinggi Awam/ Institusi Pengajian Tinggi Swasta
b) Sertakan salinan resume; dan
c) Hantar permohonan ke alamat di bawah:

KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM
Blok F11, Kompleks F, Presint 1
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62000, Putrajaya
(u.p.: Puan Nitasha bt Najib Koh)
nitasha@nres.gov.my 

 

 

  • Semua BGSA yang telah diterbitkan boleh didapati secara dalam talian dan dimuat turun di MyGeoportal melalui pautan di PENERBITAN
  • Senarai data FGD boleh diperolehi melalui pautan berikut ; ( Pautan ke page FGD)
  • Data FGD hanya boleh diakses oleh pengguna berdaftar dibawah program MyGDI sahaja melalui aplikasi MyGDI Data Services. Buat masa ini, perkongsian data FGD hanya dikalangan agensi kerajaan sahaja.