Polisi perkongsian dan penyebaran maklumat geospatial melalui Program MyGDI ditetapkan melalui Surat Pekeliling Pelaksanaan Infrastruktur Data Geospatial Negara (MyGDI) Bil.1 Tahun 2024: Garis Panduan bagi Pembangunan dan Pelaksanaan MyGDI serta Prosedur Operasi Standard (SOP) Perkongsian dan Pelepasan Maklumat Geospatial di bawah MyGDI yang telah diterbitkan pada Januari 2024.
ID Pengguna APD yang tidak log masuk ke SPSD selama 1 tahun boleh dinyah aktif.
Permohonan data akan diproses dalam tempoh 10 hari bekerja.
Warga PGN boleh merujuk kepada Superadmin / Pegawai Perhubungan bagi isu Teknikal untuk mewujudkan ID Pengguna.