Skip to main content

Bengkel Latihan Pengguna dan Transfer of Technology (TOT) Aplikasi GIS Infrastruktur Pengairan dan Saliran Pertanian Bahagian Pengairan dan Saliran Pertanian (BPSP), Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM)

21-22 Oktober 2025 | Selasa-Rabu | Bilik Latihan COE, Aras 8, Menara PETRA

Pusat Geospatial Negara (PGN), Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam(NRES) telah menganjurkan bengkel latihan pengguna dan transfer of technology (TOT) bersama para pegawai dari Bahagian Pengairan dan Saliran Pertanian (BPSP), Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) bagi meningkatkan pengetahuan serta kemahiran, seterusnya membolehkan penambahbaikan aplikasi dilaksanakan secara berterusan oleh BPSP, KPKM. Bengkel yang telah berlangsung selama 2 hari ini turut dihadiri oleh para pemegang taruh infrastruktur dan saliran pertanian bagi Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA). Aplikasi GIS Infrastruktur Pengairan dan Saliran Pertanian telah dibangunkan di bawah platform Malaysia Geospatial Online Services (MyGOS). Platform MyGOS yang telah diperkenalkan sejak tahun 2013 telah berjaya membantu agensi berkolaborasi bagi meningkatkan lagi kualiti penyampaian perkhidmatan mereka. Untuk maklumat lanjut berkaitan platform MyGOS, sila layari https://www.mygeoportal.gov.my/ms/applications/mygos