Adakah Aplikasi UPI memaparkan carian nombor lot dan maklumat lain berkenaan lot tanah?
Tidak. Aplikasi UPI hanya memaparkan struktur kod dan nama sempadan pentadbiran tanah seperti Negeri, Daerah, Mukim/Bandar/Pekan dan Seksyen. Maklumat berkenaan lokasi nombor lot tidak dipaparkan di dalam aplikasi ini.
Adakah artikel saya akan diterima dan diterbitkan secara automatik selepas penghantaran dibuat?
Setiap artikel yang diterima akan ditapis terlebih dahulu oleh jawatankuasa yang dilantik oleh Sidang Pengarang. Hanya artikel yang terpilih dan diluluskan oleh Sidang Pengarang sahaja yang akan dimasukkan pada terbitan BGSA semasa.
Adakah audio sebutan nama-nama geografi dan imej ejaan jawi yang terdapat pada modul di dalam aplikasi MyGeoName telah disemak dan ditentusahkan?
Ya. Imej ejaan jawi yang terdapat di dalam aplikasi MyGeoName telah disemak dan disahkan oleh Munsyi Dewan (Jawi) iaitu individu yang telah ditauliahkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk menjalankan kerja-kerja transliterasi ejaan jawi. Audio sebutan nama geografi dalam Bahasa Melayu Rasmi dan Dialek Tempatan pula telah disahkan oleh pakar linguistik yang telah dilantik oleh PGN dan dipersetujui oleh DBP.
Adakah data yang telah ditempatkan di cloud MyGDI selamat?
PGN telah mendapat pensijilan Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) ISO/IEC 27001:2013 sejak tahun 2014.
Adakah pelajar universiti awam boleh memohon data geospatial melalui Program MyGDI?
Ya, pelajar bagi universiti awam di dalam negara boleh memohon data asas geospatial yang dikongsi melalui program MyGDI secara pengecualian bayaran dan permohonan perlu terlebih dahulu dikemukakan melalui Dekan Universiti masing-masing. Namun, perkongsian dan penyebaran maklumat geospatial di peringkat akademia juga adalah bergantung kepada persetujuan di pihak APD yang terlibat..
Adakah pengguna perlu mendaftar untuk melayari aplikasi UPI?
Tidak. Aplikasi UPI terbuka untuk paparan umum.
Adakah penyediaan dan penerbitan metadata akan mendedahkan data agensi kepada orang awam?
Tidak, penyediaan dan penerbitan metadata tidak akan mengganggu gugat keselamatan data agensi. Penyediaan metadata hanya melibatkan keterangan kepada data/produk/perkhidmatan di agensi dalam bentuk tekstual.
Adakah penyediaan dan penerbitan metadata penting kepada agensi?
Ya, penyediaan dan penerbitan metadata ini adalah satu kaedah mempromosikan ketersediaan maklumat geospatial di agensi. Metadata yang lengkap, dapat membantu pengguna untuk mengenalpasti produk/ perkhidmatan agensi dengan terperinci dan tepat.
Adakah PGN menyediakan maklumat kod dan nama sempadan pentadbiran tanah? Bagaimana maklumat ini dikongsi kepada pengguna?
Ya. Pengguna boleh melayari Aplikasi UPI melalui pautan: https://mygos.mygeoportal.gov.my/upi/. Pengguna boleh memuat turun senarai kod dan nama sempadan pentadbiran tanah dalam format pdf dan excell melalui fungsi muat turun yang terdapat di dalam aplikasi tersebut. Perkongsian data dalam format spatial pula boleh diperolehi melalui permohonan secara rasmi kepada PGN. Sila rujuk .
Apa itu Agensi Tunjak?
Agensi Tunjak adalah agensi yang diperakukan sebagai ketua dalam kalangan custodian mengikut kategori data dan bertanggungjawab bagi menyelaras aktiviti berkaitan data.
Apa itu Data Custodian?
Custodian adalah agensi yang bertindak sebagai pemegang amanah (trustee) bagi pihak Kerajaan dan bukan pemilik mutlak data yang terdapat dalam pangkalan data masing-masing.
Apa itu Data Geospatial?
Maklumat yang mengenal pasti, menggambarkan, atau menerangkan kedudukan geografi, sempadan atau ciri-ciri penduduk serta semula jadi atau fitur yang dibina di atas permukaan dan bawah permukaan bumi.
Apa itu Fundamental Geospatial Data (FGD)?
Fundamental Geospatial Data (FGD) adalah merupakan data geospatial berkepentingan tinggi atau signifikan yang mematuhi standard dan diperlukan oleh pelbagai pihak bagi menyokong perancangan dan pembangunan sesuatu negara atau organisasi. Rujukan utama FGD adalah berasaskan kepada fitur-fitur yang terkandung dalam dokumen Malaysian Standard MS1759 Geographic Information/Geomatics - Feature and Attribute Codes.