Fundamental Geospatial Data (FGD) adalah merupakan data geospatial berkepentingan tinggi atau signifikan yang mematuhi standard dan diperlukan oleh pelbagai pihak bagi menyokong perancangan dan pembangunan sesuatu negara atau organisasi. Rujukan utama FGD adalah berasaskan kepada fitur-fitur yang terkandung dalam dokumen Malaysian Standard MS1759 Geographic Information/Geomatics - Feature and Attribute Codes.
Pusat Data Geospatial (Geospatial Data Centre) merupakan komponen utama framework data di dalam pelaksanaan Infrastruktur Data Geospatial Negara (MyGDI). Penyediaan dan penyelengaraan data GDC ditempatkan secara berpusat mengikut kategori data secara seamless serta mematuhi standard yang ditetapkan.
Map service merupakan perkhidmatan peta web yang memaparkan data atau maklumat geografi dalam beberapa lapisan imej peta melalui Internet. Map service menggunakan dataset geografi yang juga terdiri daripada gabungan data dan parameter yang berbeza-beza untuk menentukan dan memaparkan imej peta yang lebih dinamik, interaktif dan pintar.
MyGeo Data Services adalah sebuah aplikasi yang menyediakan maklumat berdasarkan 12 kategori data asas geospatial yang dikongsikan dan disediakan oleh agensi kepada agensi Kerajaan yang lain atau Government to Government (G2G) melalui map services yang selamat dengan menggunakan persekitaran yang disediakan oleh Kerajaan.
Jika permohonan melibatkan konsultan atau perunding luar, pemohon perlu mengisi Borang Lampiran III - Undertaking by Appointed Consultant/ Contractor bersama dengan serahan salinan kad pengenalan pemohon dan konsultan atau perunding luar.
Secara ringkas, garis panduan penulisan untuk penghantaran artikel BGSA adalah seperti berikut:
1. Ditulis dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.
2. Mempunyai abstrak dan dan kata kunci (keywords)
3. Format penulisan adalah seperti berikut:
4. Artikel dihantar dalam bentuk softcopy dalam format Microsoft Word.
5. Semua imej dan grafik hendaklah dibekalkan dalam format .tif atau .jpg dengan resolusi tidak kurang daripad 150 d.p.i.
Kod dan Nama Sempadan Pentadbiran Tanah – Unique Parcel Identifier (UPI) merupakan satu kaedah mengenal pasti lokasi petak tanah yang mengandungi satu siri nombor unik untuk Negeri, Daerah/Jajahan/Bahagian/Daerah Kecil/Jajahan Kecil, Mukim/Bandar/Pekan/Land/Town District/Desa dan Seksyen/Presint/Block/Section/Kampung/Pulau dan nombor lot.
Artikel yang boleh disumbangkan kepada Sekretariat BGSA ialah artikel atau laporan bergambar berkaitan perkembangan serta aktiviti-aktiviti geospatial yang berlaku di agensi kerajaan, badan berkanun dan institusi pengajian tinggi.
Pemohon perlu menyatakan tujuan permohonan, maklumat pemohon, kategori data dan kawasan yang diperlukan.
Metadata adalah 'data mengenai data'. Ia adalah maklumat yang menerangkan mengenai data/ maklumat/ perkhidmatan sesuatu produk. Ia merangkumi kesemua persoalan seperti siapa, apa, bila, dimana, kenapa dan bagaimana mengenai produk tersebut.Metadata adalah sebagai penyampai maklumat mengenai sesuatu produk/perkhidmatan.
MS 1759 merupakan kaedah pengekodan fitur dan atribut yang memudahkan penstrukturan maklumat geospatial. Maklumat geospatial yang disimpan secara berstruktur dan seragam akan memastikan perkongsian menjadi lancar dan teratur.