Skip to main content

Polisi perkongsian dan penyebaran maklumat geospatial melalui Program MyGDI ditetapkan melalui Surat Pekeliling Pelaksanaan Infrastruktur Data Geospatial Negara (MyGDI) Bil.1 Tahun 2024: Garis Panduan bagi Pembangunan dan Pelaksanaan MyGDI serta Prosedur Operasi Standard (SOP) Perkongsian dan Pelepasan Maklumat Geospatial di bawah MyGDI yang telah diterbitkan pada Januari 2024.

  • Terdapat 12 kategori data geospatial di bawah program MyGDI iaitu Aeronautical, Built Environment, Demarcation, General, Geology, Hydrography, Hypsography, Soil, Special Use, Transportation, Utility dan Vegetation.

Permohonan data akan diproses dalam tempoh 10 hari bekerja.