Skip to main content

Istilah Sumber dan Definition adalah berdasarkan dokumen ISO/TC 211 Multi-Lingual Glossary of Terms (MLGT).
Istilah Sasaran dan Huraian adalah daripada Kumpulan Kerja Multi-Lingual Glossary of Terms Maklumat Geografi/Geomatik (KKMLGT).

ID ISO/TC211 Istilah Sumber Istilah Sasaran Definition Huraian Tarikh kemas kini
282 map peta

portrayal of geographic information as a digital image file suitable for display on a computer screen

dokumen saintifik bercetak atau berdigit yang mengandungi sebahagian atau keseluruhan permukaan bumi berskala dalam bentuk grafik atau fotografi.

618 map projection unjuran peta

coordinate conversion from an ellipsoidal coordinate system to a plane

satu sistem meridian dan garis selari yang teratur di atas permukaan satah untuk menggambarkan permukaan melengkung sfera terestrial atau cakerawala atau pun sferoid.

284 mean sea level min aras laut

average level of the surface of the sea over all stages of tide and seasonal variations

purata aras ketinggian permukaan laut, iaitu purata kesemua aras pasang surut bagi kawasan tertentu.

862 measurable quantity kuantiti yang boleh diukur

attribute of a phenomenon, body or substance that may be distinguished qualitatively and determined quantitatively.

nilai yang dapat dibezakan dan ditentukan secara kualitatif dan kuantitatif.

559 measurand unit ukur

particular quantity subject to measurement

kuantiti objek yang akan diukur.

2386 measure mengukur

operations associated to measurements.

proses yang berkaitan dengan pengukuran kedudukan dan keluasan lokasi.

560 measurement pengukuran

set of operations having the object of determining the value of a quantity

sukatan; pengukuran; penyukatan.

1607 measurement accuracy ketepatan ukuran

closeness of agreement between a test result or measurement result and the true value

ketepatan dalam pengukuran.

1463 measurement error selisih ukuran

measured quantity value minus a reference quantity value

nilai kuantiti diukur dibandingkan dengan nilai kuantiti rujukan.

287 medium medium

substance or agency for storing or transmitting data

bahan atau sesuatu yg menjadi perantara bagi menghasilkan sesuatu kesan.

711 meridian meridian

intersection of an ellipsoid by a plane containing the shortest axis of the ellipsoid.

garis khayalan yg merupakan bulatan yg membelah bumi dr kutub utara ke kutub selatan.

1650 metadata metadata

information about a resource

data yang berhubungan dengan data lain. Data ini menerangkan setiap kandungan butiran atau koleksi data yang merangkumi pelbagai kandungan butiran dan peringkat hierarki. Dalam pemprosesan data, metadata menyediakan maklumat dan dokumentasi data terurus dalam satu aplikasi. Metadata boleh juga mengandungi maklumat deskriptif mengenai konteks, kualiti dan keadaan atau ciri data tersebut. Metadata juga digunakan untuk memudahkan pemahaman, mengenali sifat dan menguruskan penggunaan data. Contohnya, dokumen data mengenai elemen data atau atribut (nama, saiz dan jenis) dan data mengenai rekod atau struktur data (medan dan lajur).

290 metadata element elemen metadata

discrete unit of metadata.

pecahan unit metadata.

299 model model

abstraction of some aspects of reality.

gambaran objek atau fitur di atas permukaan bumi.

1678 module modul

predefined set of elements in a base standard that can be used to construct a profile

set elemen yang telah ditetapkan dalam standard asas yang boleh digunakan untuk membina profil atau struktur aplikasi.

1336 Multipurpose Internet Mail Extensions (MIME) type jenis sambungan mel internet serbaguna (MIME)

media type and subtype of data in the body of a message that designates the native representation (canonical form) of such data

format piawai untuk memasukkan maklumat bukan teks ke dalam e-mel, seterusnya menyokong penghantaran mesej media bercampur melalui rangkaian TCP/IP. MIME juga piawai penghantaran teks bukan Rumi (contohnya teks Jawi,Cina, Rusia,Kanji) yang tidak boleh diwakilkan dalam kod ASCII. Protokol MIME meliputi pertukaran data dalam bentuk perduaan, audio, video, imej, perisian aplikasi, atau ASCII.