Skip to main content

Aplikasi MyGeoName satu-satunya aplikasi di dalam negara yang memaparkan senarai nama-nama tempat di Malaysia berserta elemen-elemen uniknya yang lain seperti paparan lokasi di atas peta, maklumat sejarah negeri, imej ejaan nama tempat dalam format jawi serta audio sebutan nama tempat. Ejaan nama-nama tempat yang terdapat dalam aplikasi ini merupakan ejaan yang telah disahkan dan dipersetujui oleh wakil-wakil kerajaan negeri melalui Jawatankuasa Kebangsaan Nama Geografi (JKNG).

Access Application

 

 

Mengenai MyGeoName

Maklumat Pembangunan Aplikasi

Dibangunkan sejak tahun 2009 dan telah dinaiktaraf pada tahun 2016 dengan menambah baik paparan antara muka aplikasi berserta rekabentuk pangkalan data yang baharu.

 

geoname

 

PENGGUNA SASARAN

Pengguna Awam

Kegunaan Aplikasi

Untuk pengguna awam menyemak ejaan, sebutan dan lokasi nama-nama tempat yang betul. Selain pengguna dalam negara, MyGeoName turut dilayari oleh pengguna antarabangsa untuk memahami kaedah penamaan geografi, bentuk bahasa, sebutan dialek dan sebagainya yang dipraktikkan di Malaysia.

Kelebihan MyGeoname 

Kehadiran gelombang Revolusi Industri 4.0 dijangka akan menaik taraf kebanyakkan pekan-pekan kecil dan bandar menjadi Mega Cities bagi menampung pertambahan penduduk dan keperluan infrastruktur. Oleh itu dengan Aplikasi ini, nama-nama tempat sedia ada dapat dipelihara sejarah dan nilai estetikanya melalui gambaran persekitarannya agar tidak hilang di arus pemodenan.

 

      mygeoname laptop 1             

 

 

Ciri-ciri

Modul Carian Nama Tempat

Modul Imej Ejaan Jawi.

Modul Audio Sebutan Nama Tempat dalam Bahasa Melayu Rasmi dan Dialek Tempatan.

Modul Video Visual.

Modul Gazetir Nama-nama Tempat.

alejandro-luengo-GRXkNlhbY9c-unsplash