Skip to main content
  • Peneraju Perkongsian
    Perkhidmatan dan
    Maklumat Geospatial
    Perkhidmatan yang mampan untuk kesejahteraan negara

Infrastruktur Data Geospatial Negara (MyGDI) merupakan inisiatif kerajaan untuk membangunkan infrastruktur data geospatial bagi meningkatkan kesedaran mengenai ketersediaan data dan meningkatkan akses kepada maklumat geospatial. Ini boleh dicapai melalui strategi perkongsian data geospatial secara pintar di kalangan agensi pembekal data yang terlibat. MyGDI, sebagai Infrastruktur Data Spatial Kebangsaan (NSDI) untuk Malaysia, merupakan infrastruktur data geospatial yang merangkumi dasar, polisi, standard, penyelidikan dan pembangunan teknologi serta kepakaran modal insan.

Maklumat geospatial yang juga dikenali sebagai maklumat lokasi, adalah maklumat yang menggambarkan lokasi dan elemen yang terdapat di dalam, di atas permukaan dan juga di ruang udara bumi. Secara mudahnya, maklumat geospatial bermaksud maklumat topografi asas yang boleh didapati pada sesuatu peta. Secara kompleks, ia termasuklah kumpulan data yang berkaitan dengan lokasi digabungkan menjadi lapisan data yang kemudiannya memaparkan maklumat seperti guna tanah dan kepadatan penduduk.

Geodata merujuk kepada kategori data asas geospatial yang ditakrifkan oleh pihak yang berkepentingan dalam geospatial. Ia diwakili oleh kategori data asas yang diperlukan oleh pengguna serta persekitaran, untuk menyokong pembangunan dan penggunaan data ini. Agensi juga boleh menggabungkan maklumat mereka dengan rangka kerja data tematik. Melalui kerjasama ini, agensi kerajaan dan industri geospatial mampu menentukan kategori data asas yang boleh dipercayai untuk mencapai objektif. Data Asas Geospatial (Fundamental Data) adalah data geospatial yang berkepentingan tinggi dan mematuhi piawaian serta diperlukan oleh banyak pihak untuk menyokong reka bentuk dan pembangunan sesebuah negara atau organisasi. Rujukan utama bagi Pangkalan Data GDC adalah berdasarkan ciri-ciri yang terkandung dalam dokumen MS1759 Standard Malaysia: 2015, Maklumat Geografi / Geomatik - Kod Ciri dan Atribut (Semakan Pertama).

Sistem maklumat geografi (GIS) adalah sistem komputer untuk mengumpul, menyimpan, menyemak dan memproses serta memaparkan data yang berkaitan dengan kedudukan di permukaan bumi. GIS boleh menunjukkan pelbagai jenis data dalam satu paparan peta untuk melihat, menganalisis dan memahami corak dan hubungan sesuatu data.

Data geospatial, GIS atau geodata mempunyai maklumat kedudukan geografi yang jelas seperti rangkaian jalan dari GIS atau imej satelit. Data geospatial juga adalah terdiri daripada atribut data yang menerangkan ciri-ciri yang terdapat dalam dataset tersebut. Terdapat dua jenis data geospatial iaitu data vektor dan data raster.

Pembekal utama data geospatial dikenali sebagai custodian . Mereka terdiri daripada agensi-agensi yang dikenal pasti oleh PGN dan diperakukan oleh Kerajaan berpandukan kriteria tertentu yang mempunyai tanggungjawab dan hak-hak tertentu.

Dalam keadaan yang mana sesuatu data geospatial itu dipertanggungjawabkan kepada lebih daripada satu custodian maka sebuah agensi tunjak (lead agency) dari kalangan custodian bagi data berkenaan akan dikenal pasti dan diperakukan oleh PGN.

 

Nota:

  • G2G: Perkongsian Agensi Kerajaan dengan Agensi Kerajaan
  • G2B: Perkongsian Agensi Kerajaan dengan Agensi Swasta
  • G2C: Perkongsian Agensi Kerajaan dengan Orang Awam
  • G2E: Perkongsian Agensi Kerajaan dengan Universiti Awam
  • APD: Agensi Pembekal Data yang merupakan pembekal atau pemilik data tersebut

 

/sites/default/files/inline-images/Prosedur%20Permohonan%20Data.png

Kategori Pemohon

The website encountered an unexpected error. Try again later.