Skip to main content

Soalan Lazim

  • Pangkalan Data Nama Geografi (PDNG) merupakan bank data yang menyimpan nama, lokasi, sejarah dan entiti nama geografi yang telah disahkan dalam format yang tekal untuk kegunaan rasmi kerajaan dan awam. Gazetir pula, merupakan indeks yg menyenaraikan nama-nama geografi yang terdapat di dalam PDNG.
  • Keseluruhan pangkalan data ini dipaparkan kepada pengguna secara atas talian melalui Aplikasi MyGeoName. Pengguna juga boleh memuat turun dokumen gazetir melalui aplikasi MyGeoName.
  • Perkhidmatan infrastruktur ICT GIS yang disediakan ialah cloud MyGDI yang merangkumi Platform as A Service (PaaS) seperti pangkalan data bersepadu dan Software as A Service (SaaS) seperti aplikasi MyGOS.
  • Permohonan untuk mengadakan lawatan ke PGN hendaklah dikemukakan melalui surat rasmi kepada :

                Pengarah
                Pusat Geospatial Negara (PGN)
                Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam
                Aras 7 & 8, Menara Petra 
                No. 25, Persiaran Perdana, Presint 4
                Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
                62574 Putrajaya, MALAYSIA.

  • Permohonan juga boleh dikemukakan melalui emel kepada Pengarah PGN iaitu webmastermacgdi@nres.gov.my.
  • Sila sertakan bersama objektif, bilangan delegasi, senarai nama delegasi (jika ada) serta cadangan tarikh/masa lawatan.

Sebarang pertanyaan berkaitan permohonan data asas geospatial di PGN boleh diemelkan kepada pgn.kto@nres.gov.my

  • Sumber rujukan nama sempadan pentadbiran tanah adalah berdasarkan Warta Negeri (JUPEM Negeri) dan Pejabat Tanah & Galian (PTG Negeri).
  • Secara purata capaian perkhidmatan aplikasi GIS adalah 97%.

Permohonan data geospatial di PGN boleh dibuat melalui surat rasmi yang ditandatangani oleh Ketua Jabatan atau Dekan Universiti. Sila rujuk pautan untuk maklumat lanjut.

  • Pengguna boleh melayari Aplikasi MS 1759 melalui pautan: http://ms1759.mygeoportal.gov.my/ms1759v3/index.php. Selain itu pengguna juga boleh membeli dokumen Malaysian Standard MS 1759:2015, Geographic Information/Geomatics - Feature and Attribute Codes melalui Jabatan Standard Malaysia.

Segala maklum balas dan pertanyaan hendaklah dikemukakan kepada :

Seksyen Polisi dan Outreach
Cawangan Pembangunan Polisi, Standard dan Outreach 
Pusat Geospatial Negara(PGN) 
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam, 
Aras 7 & 8, Menara Petra No. 25, Persiaran Perdana,Presint 4 
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 
62574 Putrajaya, MALAYSIA.

Tel     : 03-8886 1209.
Fax   : 03-8889 4851.
Emel : p&o@nres.gov.my.

Segala sumbangan artikel, maklum balas atau pertanyaan lanjut hendaklah dikemukakan kepada:

Sekretariat Buletin Geospatial Sektor Awam (BGSA) 
Pusat Geospatial Negara (PGN) 
Kementerian  Sumber Asli dan Kelestarian Alam, 
Aras 7 & 8, Menara Petra
No. 25, Persiaran Perdana, Presint 4 
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 
62574 Putrajaya, MALAYSIA

Tel     : 03-8886 1209
Fax   : 03-8889 4851
Emel : p&o@nres.gov.my

Prosedur memohon latihan industri di Pusat Geospatial Negara (PGN) :

a) Buat permohonan untuk menjalani latihan industri tersebut melalui Dekan Fakulti, Institusi Pengajian Tinggi Awam/ Institusi Pengajian Tinggi Swasta
b) Sertakan salinan resume; dan
c) Hantar permohonan ke alamat di bawah:

KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM
Blok F11, Kompleks F, Presint 1
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62000, Putrajaya
(u.p.: Puan Nitasha bt Najib Koh)
nitasha@nres.gov.my 

 

 

  • Semua BGSA yang telah diterbitkan boleh didapati secara dalam talian dan dimuat turun di MyGeoportal melalui pautan di PENERBITAN
  • Senarai data FGD boleh diperolehi melalui pautan berikut ; ( Pautan ke page FGD)