Infrastruktur Data Geospatial Negara (MyGDI) merupakan inisiatif kerajaan untuk membangunkan infrastruktur data geospatial bagi meningkatkan kesedaran mengenai ketersediaan data dan meningkatkan akses kepada maklumat geospatial. Ini boleh dicapai melalui strategi perkongsian data geospatial secara pintar di kalangan agensi pembekal data yang terlibat. MyGDI, sebagai Infrastruktur Data Spatial Kebangsaan (NSDI) untuk Malaysia, merupakan infrastruktur data geospatial yang merangkumi dasar, polisi, standard, penyelidikan dan pembangunan teknologi serta kepakaran modal insan.
Menjadi penasihat kepada kerajaan Malaysia dalam penggubalan dan pelaksanaan dasar bagi urusan data geospatial
Bertindak sebagai badan penyelaras bagi pembangunan data geospatial dan standard maklumat geografi/ geomatik
Menjadi pusat rujukan teknikal bagi khidmat nasihat dan pakar runding berkaitan pembangunan dan penggunaan data geospatial
Membangun dan menyelaras aktiviti MyGDI Clearinghouse
Merancang dan melaksana program pembangunan sumber manusia dalam bidang Sistem Maklumat Geografi (GIS)
Menjalankan pelbagai aktiviti untuk mempromosi MyGDI ke seluruh negara dan menggalakkan penggunaannya
Menjadi pusat Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) bagi GIS
Mewakili kepentingan agensi-agensi kerajaan dalam forum dan mesyuarat berkaitan data geospatial di peringkat antarabangsa