Perkongsian data dalam aplikasi ini melibatkan 12 kategori fundamental data iaitu Aeronautical, Built Environment, Demarcation, Geology, Hydrography, hypsography, Soil, Transportation, Utility, Vegetation, Special dan General Use melalui Secured Map Services dalam government cloud. Data-data yang dikongsi secara map service ini boleh dipaparkan dalam multi-platform.
Status perkongsian fundamental data sehingga 2021 adalah sebanyak 232 lapisan data bagi 12 kategori data. Hanya pengguna daripada agensi kerajaan yang mempunyai ID MyGOS sahaja yang boleh mengakses data-data yang terdapat dalam aplikasi ini. Permohonan untuk mendapatkan ID MyGOS viewer boleh dibuat secara email ke pgn.web@nrecc.gov.my. ID MyGOS ini juga membolehkan pengguna membuat capaian secara terus atas talian (online) terhadap data-data fundamental dalam pelbagai platform selain MyGOS.