Skip to main content
Application Categories
Aplikasi Pengurusan Geospatial
metadata
Metadata

Metadata adalah 'data mengenai data'. Metadata menerangkan mengenai data / maklumat / perkhidmatan sesuatu produk. Ia merangkumi kesemua persoalan seperti siapa, apa, bila, di mana, kenapa dan bagaimana mengenai produk tersebut.

Dalam konteks maklumat geospatial, metadata geospatial menerangkan maklumat geospatial yang hendak dikongsi. Metadata tidak terhad kepada data sahaja, malah meliputi penerangan mengenai aplikasi GIS, laporan kajian, pembangunan maklumat geospatial dan perkhidmatan. 

Penerbitan metadata dapat mempromosikan ketersediaan maklumat geospatial, membekalkan maklumat geospatial yang terdapat di agensi kerajaan dan swasta, mengelakkan duplikasi penyediaan data atau perkhidmatan daripada pelbagai agensi dan memudahkan pengguna mengenal pasti maklumat geospatial yang diperlukan.

Pemilihan elemen katalog metadata berasaskan Dokumen MS 2647:2023 iaitu Geospatial metadata – Fundamental and implementation schema.

MyGDI Explorer

Katalog Maklumat Geospatial Negara atau lebih dikenali sebagai MyGDI Explorer merupakan aplikasi dalam talian bagi carian, paparan, semakan, perkongsian dan pengurusan metadata maklumat geospatial.

Melalui MyGDI Explorer, pengguna boleh membuat pendaftaran akaun untuk mengakses maklumat geospatial yang disediakan di Katalog Metadata secara lebih terperinci dan seterusnya menjadi Penerbit Metadata bagi menyumbang metadata. Pembekal Metadata adalah pembekal maklumat geospatial yang terdiri daripada pelbagai agensi kerajaan, swasta dan juga pengguna awam.

metadata

MyGDI Explorer

MyGDI Explorer boleh ditakrifkan sebagai medium penyebaran maklumat geospatial yang menghubungkan pembekal data dengan pengguna di seluruh Malaysia melalui internet. Aplikasi ini mengandungi rekod metadata yang menerangkan kandungan maklumat dan bagaimana untuk mengakses maklumat tersebut.

Metadata maklumat geospatial yang terdapat dalam MyGDI Explorer adalah terdiri daripada data, aplikasi, map services, dokumen, hasil penyelidikan, aktiviti geospatial dan perkhidmatan. Metadata maklumat geospatial yang diterbitkan di dalam MyGDI Explorer oleh pembekal data membolehkan pengguna untuk mencari data yang diperlukan.

Aplikasi ini juga membolehkan pengguna mencari sumber GIS, melihat keterangan dan membuat penilaian terhadap rekod metadata yang dipaparkan hasil dari carian mereka. Jumlah metadata yang terdapat dalam aplikasi ini sehingga Mac 2024 adalah sebanyak 6,730 metadata.

 

Objektif Pembangunan Aplikasi MyGDI Explorer

  • Menyediakan kemudahan carian dan capaian kepada maklumat geospatial secara dalam talian
  • Menggalakkan perkongsian maklumat geospatial antara agensi pembekal data bagi memastikan penyebaran dan penggunaan maklumat yang lebih tepat dan terkini
  • Medium penyebaran maklumat geospatial diantara agensi pembekal data dengan pengguna
  • Menyokong dan mempromosikan sebarang inisiatif berkaitan geospatial yang dilaksanakan oleh mana-mana pihak di Malaysia sama ada agensi kerajaan, Institut Pengajian Tinggi (IPT), swasta, NGO atau individu
  • Menggalakkan integrasi yang lebih baik dan mengelakkan pertindihan usaha dalam pengumpulan, pemprosesan, pemeliharaan, penyediaan dan penyebaran maklumat geospatial antara agensi-agensi berkaitan
  • Meningkatkan tahap kecekapan penyampaian perkhidmatan agensi kerajaan
  • Memudahkan perkongsian maklumat geospatial
  • Meningkatkan tahap kesedaran dan nilai ke atas maklumat geospatial
  • Mewujudkan piawaian kandungan metadata geospatial di Malaysia
  • Memudahkan carian dan penilaian maklumat geospatial
  • Search - konsep carian maklumat secara kata kunci dan penapis mengikut jenis kandungan, kategori data dan tarikh
  • Browse - menyenaraikan rekod metadata mengikut jenis kandungan (content type) dan kategori tajuk ISO (ISO topic category)
  • Publish Content - membolehkan pengguna yang mendaftar menyediakan, muatnaik dan menerbitkan metadata menggunakan Templat Metadata MyGDI untuk dataset dan services
  • Metadata Detail – paparan kandungan maklumat secara terperinci
  • Preview - memaparkan maklumat spatial daripada url public map service yang disertakan dalam maklumat metadata
  • Offline MyGDI Metadata Editor (METAFOR) - membolehkan penyediaan metadata dilakukan secara offline
  • MyGDIX Viewer – katalog untuk carian dan paparan metadata dengan map services
  • Manage Metadata – membolehkan pengemaskinian, muat turun, hapus, semakan dan pengesahan metadata dibuat oleh pengguna berdaftar
  • Laporan – menjana laporan statistik mengikut negeri, kategori, tarikh penerbitan, map services dan jenis kandungan