Skip to main content
UPI

Merupakan satu kaedah pengecaman unik bagi mengenal pasti petak tanah (lot) yang wujud dari kombinasi petak tanah yang telah diukur halus dari kod untuk Negeri/ Daerah/ Jajahan/ Bahagian/ Daerah kecil/ Jajahan kecil/ Mukim/ Bandar/ Pekan/ Land/ Town District/ Desa/ Seksyen/ Presint/ Block/ Section/ Kampung/ Pulau dan nombor lot/ geran.

Aplikasi UPI

Aplikasi UPI boleh memaparkan maklumat dalam bentuk spatial dan tekstual bagi paparan petak tanah dan sempadan tanah yang telah diukur halus.

Aplikasi yang dibangunkan untuk memudahkan pengguna merujuk kod standard dan nama sempadan pentadbiran tanah.

Penggunaan UPI yang standard dapat menjamin objektif perkongsian data antara agensi dilaksanakan dengan jayanya

  • Memudahkan pelaksanaan dan pengintegrasian sistem-sistem aplikasi di dalam dan antara agensi
  • Memudahkan perkongsian maklumat geospatial
  • Membantu agensi-agensi dalam pembangunan sistem aplikasi
  • Menyediakan panduan untuk melaksanakan dokumentasi yang seragam di semua agensi

 

 

  • Carian Struktur Kod dan Nama Sempadan Pentadbiran Tanah dengan cepat dan mudah dan hasil carian dipaparkan dalam bentuk tekstual dan spatial
  • Pemilihan basemap
  • Muat turun Dokumen Struktur Kod dan Nama Sempadan Pentadbiran Tanah bagi 16 negeri dalam format pdf
  • Muat turun Struktur Kod dan Nama Sempadan Pentadbiran Tanah dalam format excel
  • Cetakan peta hasil carian kod dan nama sempadan pentadbiran tanah