Skip to main content
Please wait...
8October
Sempena Public Sector CIO Convex (PSCC) 2019 yang dianjurkan oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), MaCGDI telah dijemput untuk menyertai pameran di persidangan tersebut. PSCC 2019 telah diadakan pada 8 dan 9 Oktober 2019 bertempat di Sime Darby Convention Centre, Bukit Kiara, Kuala Lumpur.
3October
Pada 3 Oktober 2019, usaha kolaboratif geospatial MaCGDI bersama agensi lain diteruskan bersama Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI). MARDI yang diketuai oleh YBrs. Puan Aida Al-Quswa binti Mohamad Ali selaku Timbalan Pengarah, Program Pengurusan Data dan Maklumat, Pusat Pengurusan ICT telah mengadakan lawatan kerja ini bertujuan membincangkan potensi MARDI berkolaboratif bersama MaCGDI dalam perkongsian maklumat geospatial.  
26September
Pada 26 Ogos 2019, MaCGDI telah menyantuni delegasi lawatan kerja daripada Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK). Delegasi AADK diketuai oleh YBrs. Tuan Haji Khairil Anuar bin Karim, Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan, AADK.   Lawatan kerja ini merupakan salah satu sesi perkongsian berkaitan maklumat geospatial, khidmat nasihat serta perkhidmatan yang boleh ditawarkan oleh MaCGDI bagi melancarkan lagi pelaksanaan tugas AADK. Puan Hajah Abrizah binti Abdul Aziz selaku Pengarah MaCGDI telah mempengerusikan lawatan kerja ini.  
Subscribe to 2019