Skip to main content
Please wait...
18September
Mesyuarat Agensi Tunjak dan Custodian Data Geospatial bagi Kategori Aeronautical Bil. 1/2019 telah diadakan pada 18 September 2019 bertempat di Bilik Mesyuarat Permata Aras 7, Pusat Infrastruktur Data Geospatial Negara (MaCGDI), Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS). Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh En. Nordian bin Ibrahim daripada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) selaku Agensi Tunjak bagi kategori Aeronautical.  
18September
Bengkel ini diadakan selama dua hari bermula pada 18-19 September 2019 yang melibatkan pegawai MaCGDI daripada Cawangan Pembangunan Geodata dan bersama 12 orang pegawai dari Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Malaysia (JPPH). Bengkel ini bertujuan memberi pendedahan kepada pihak JPPH bagi pembangunan data geospatial melalui kaedah geocoding dan pemadanan sebelum data-data tersebut dimasukkan ke dalam aplikasi MyGOS.
21August
Mesyuarat Agensi Tunjak dan Custodian Geospatial Bagi Kategori Transportation bil. 1/2019 telah diadakan pada 21 Ogos 2019 di di Bilik Mesyuarat Permata Aras 7, Pusat Infrastruktur Data Geospatial Negara (MaCGDI), Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS). Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Ir. Gs. Badariah binti Mohd Saufi daripada Jabatan Kerja Raya (Bahagian Pewartaan dan Kejuruteraan Geoinformatik) selaku agensi tunjak bagi kategori Transportation.  
13September
13 September 2019 | Jumaat - Pusat Infrastruktur Data Geospatial Negara (MaCGDI) telah melancarkan portal baharu yang mana ianya kini tampil dengan lebih berinforgrafik, informasi terkini,  mesra pengguna dan mempunyai rekabentuk antaramuka lebih moden sejajar dengan revolusi industri 4.0. Capaian MyGeoportal baharu dengan rasminya boleh dilayari di url : https://www.mygeoportal.gov.my/.  
Subscribe to 2019