Skip to main content
Please wait...
17May
Tarikh: 17-18 Mei 2022 (Selasa & Rabu) Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang Tempat : Bilik Seminar, Tingkat 26, Menara PJD, Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur Bengkel Keperluan Pengguna yang bertujuan memberi pendedahan kepada pegawai-pegawai di CKG berkaitan aplikasi data SI yang digunapakai. Selain itu ia juga menjadi suatu platform dalam menyumbang idea bagi menambahbaik sistem aplikasi sedia ada.
5April
Malaysia Geospatial Online Services (MyGOS) bertujuan memudahkan agensi kerajaan membangunkan aplikasi web GIS dan berkongsi maklumat geospatial secara dalam talian. Sejak diperkenalkan pada tahun 2013, PGN telah berjaya berkolaborasi dengan pelbagai agensi kerajaan melalui MyGOS bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan. SPP MyGOS kini telah sedia untuk agensi kerajaan membuat permohonan menggunakan perkhidmatan MyGOS.
25January
Pada 25 Januari 2022, PGN telah menerima kunjungan lawatan secara maya daripada lebih 100 orang pelajar jurusan Geoinformatik, Fakulti Alam Bina dan Ukur (FABU), Universiti Teknologi Malaysia (UTM).   Para pelajar ini telah diiringi oleh YBrs. Sr Gs. Dr. Nurul Hawani binti Idris, Pensyarah Kanan, Jabatan Geoinformasi, FABU, UTM bersama beberapa pensyarah lain.  
20January
Pada 20 Januari 2022, Pusat Geospatial Negara (PGN) telah menerima kunjungan lawatan kerja dari Pusat Logistik dan Pengangkutan Maritim Malaysia (MaLTraC), Universiti Malaysia Terengganu (UMT).   MaLTraC, UMT merupakan sebuah pusat penyimpanan data logistik dan pengangkutan maritim bertaraf kebangsaan. Delegasi MaLTraC, UMT ini diketuai oleh Dr. Mohamad Rosni bin Othman, Dekan, Fakulti Pengajian Maritim, UMT merangkap Pengarah MaLTraC, UMT.  
Subscribe to Aktiviti MyGDI