Skip to main content

Kursus Polisi Keselamatan Siber (PKS) NRES Versi 1.0

12 Jun 2025 (Khamis) | 9.00 Pagi – 5.00 Petang | Bilik Mesyuarat Permata, Aras 7, Menara PETRA

Lawatan Penanda Aras ke Jabatan Digital Negara (JDN) bagi Kajian Pemusatan Perkhidmatan Geospatial Sektor Awam

12 Jun 2025 (Khamis) | 9.00 Pagi | Jabatan Digital Negara, Cyberjaya

Sejajar dengan peranan dan tanggungjawab Pusat Geospatial Negara (PGN) membantu Agensi Kerajaan dalam pembangunan infrastruktur dan aplikasi geospatial di bawah Program MyGDI serta menyahut agenda transformasi pendigitalan, satu lawatan penanda aras ke Jabatan Digital Negara (JDN) telah diadakan bagi tujuan mendapatkan khidmat nasihat dan input berkaitan amalan terbaik dalam merangka pelan tindakan awal bagi kajian pemusatan perkhidmatan geospatial sektor awam.

Kursus Bahasa Pengaturcaraan PHP

Kursus ini berlangsung selama empat (4) hari dan telah berjaya menghimpunkan para peserta dari pelbagai latar belakang teknikal. Setiap sesi bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir sekitar jam 5.00 petang. Pengisian kursus merangkumi teori serta latihan praktikal secara berperingkat, bermula daripada asas PHP sehingga kepada pembangunan sistem web asas menggunakan PHP dan MySQL.

Sesi Temubual Akademik Pelajar Universiti Malaya (UM) Bersama Pusat Geospatial Negara (PGN) Bagi Pembangunan Projek Akhir Tahun

26 Mei 2025 | Isnin | 9.30 Pagi | Bilik Pembangunan Aras 7, Pusat Geospatial Negara

Program “International Carnival on Community Awareness, Entreprenuership and Geomatic 2025 (ICAEG 2025)"

24-25 Mei 2025(Sabtu-Ahad) | 6.00 pagi hingga 12.00 malam | Murtadha Dakwah Centre (MADAD), Sungai Petani

Bengkel Pemurnian Standard Operating Procedure (SOP) Cawangan Aplikasi Geospatial (CAG), Pusat Geospatial Negara (PGN), Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)

Bengkel Pemurnian Standard Operating Procedure (SOP) Cawangan Aplikasi Geospatial (CAG), Pusat Geospatial Negara (PGN), Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) telah berlangsung selama tiga hari bermula 21 hingga 23 Mei 2025. Yang Berusaha Ts. Rusliza Hanim binti Maarif selaku Pengarah PGN telah merasmikan bengkel pada kali ini yang diadakan di Hotel Grand Riverview, Kota Bharu, Kelantan. 

Mesyuarat Ke-17 Kumpulan Kerja Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan (KKPDNG)

20 Mei 2025 | 9.30 Pagi | Bilik Mesyuarat Lestari ( NRES ) , Blok  F , Putrajaya

Mesyuarat ke-17 KKPDNG membentangkan laporan kemajuan dan aktiviti yang telah dilaksanakan kumpulan kerja ini bagi tempoh 20 Mei 2024 sehingga 19 Mei 2025 serta pelan tindakan untuk tahun 2025 hingga 2026.

Bengkel Promosi Aplikasi Geospatial Pusat Geospatial Negara kepada Agensi di Negeri Kelantan

Buat julung kalinya pada tahun 2025, Pusat Geospatial Negara (PGN), Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) dengan kerjasama Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Kelantan telah menganjurkan Bengkel Promosi Aplikasi Geospatial PGN kepada Agensi yang berada di Negeri Kelantan.

Pelancaran Aplikasi Malaysia Drug Profiling System (MyDPS), Kolaborasi antara Agensi Antidadah Kebangsaan bersama Pusat Geospatial Negara, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam

Yang Berusaha, Puan Norsham binti Abdul Latif, Timbalan Ketua Setiausaha (Sumber Asli) telah mewakili pihak Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) di acara pelancaran aplikasi Malaysia Drug Profiling System (MyDPS) yang telah dibangunkan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dengan kerjasama Pusat Geospatial Negara (PGN), NRES menggunakan Platform Malaysia Geospatial Online Services (MyGOS). 

Mesyuarat Berkenaan Portal MyGeoResearch

14 April 2025 | Isnin | 9.00 Pagi | Bilik Komputer Ampang Park, Tingkat 5, Wisma JUPEM 

Mesyuarat dan sesi taklimat Aplikasi MyGeoResearch telah diadakan pada 14 April 2025 (Isnin) bertempat di Bilik Komputer Ampang Park, Tingkat 5, Wisma JUPEM, Kuala Lumpur. Tujuan sesi taklimat ini adalah untuk memperkenalkan latar belakang dan kefungsian Portal MyGeoResearch kepada JUPEM selaku urusetia baharu Jawatankuasa Teknikal Penyelidikan Geoinformasi / Geomatik Kebangsaan (JTPGGK).

Bengkel Information Security Risk Assessment & Controls Applicability Methodology

       Bengkel Information Security Risk Assessment and Controls Applicability Methodology melibatkan seramai 25 orang pegawai dan kakitangan Pusat Geospatial Negara (PGN) yang terlibat.  Bengkel ini bertujuan untuk memperkukuhkan pemahaman serta kemahiran dalam mengenal pasti, menilai dan merawat risiko selari dengan keperluan Information Security Management System (ISMS) berdasarkan standard ISO/IEC 27001:2022. Usaha yang dilaksanakan ini adalah untuk membantu pasukan pelaksana mendapatkan pensijilan ISO/IEC 27001:2

Mesyuarat Pemantapan Hala Tuju Program MyGDI dan Kajian Semula Sasaran Kerja Utama (SKU) Tahun 2025 bagi Pusat Geospatial Negara (PGN) Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)

Mesyuarat Pemantapan Hala Tuju Program MyGDI dan Kajian Semula Sasaran Kerja Utama (SKU) Tahun 2025 bagi Pusat Geospatial Negara (PGN) Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) telah berlangsung selama tiga hari bermula dari 22 hingga 24 Januari 2025 dengan jumlah ahli mesyuarat seramai 37 orang. Yang Berusaha Ts. Rusliza Hanim binti Maarif selaku Pengarah PGN telah mempengerusikan mesyuarat ini yang diadakan di Hotel Concorde, Shah Alam, Selangor. 

Mesyuarat ini dijalankan dengan objektif seperti berikut:

Displaying 24 of 164