Skip to main content
Please wait...
6 February

Lawatan Kerja Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia

Pada 6 Februari 2020, MaCGDI, KATS telah menerima kunjungan lawatan kerja daripada Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM). Tujuan lawatan kerja ini adalah untuk mengetahui dengan lebih lanjut fungsi dan peranan MaCGDI. Selain itu, JBPM ingin melihat peluang kerjasama berkaitan aplikasi dan perkongsian maklumat geospatial bersama MaCGDI.  
6 February

Lawatan Kerja Majlis Amanah Rakyat

Pada 6 Februari 2020, MaCGDI, KATS telah menerima kunjungan lawatan kerja daripada Majlis Amanah Rakyat (MARA). Lawatan kerja ini adalah hasrat pihak MARA yang bercadang untuk melaksanakan perkongsian data geospatial menggunakan perkhidmatan/platform yang ditawarkan oleh MaCGDI.  
14 January

Lawatan Akademik Politeknik Ungku Omar

Pada 14 Januari 2020, MaCGDI, KATS telah menerima kunjungan daripada para pelajar Diploma Geomatik, Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Ungku Omar (PUO). Pada semester ini, para pelajar ditawarkan subjek Sistem Maklumat Geografi (GIS) dan lawatan akademik ini bertujuan untuk memberikan pendedahan awal mengenai produk serta aktiviti perkongsian maklumat geospatial negara yang dilaksanakan oleh MaCGDI. Delegasi lawatan akademik ini disertai oleh 30 orang pelajar dan telah diketuai oleh YBrs.  
31 October

Lawatan Antarabangsa Korean Standards Association

Pada 31 Oktober 2019, MaCGDI telah dikunjungi lawatan delegasi antarabangsa Korean Standards Association (KSA). KSA yang bernaung di bawah Ministry of Trade, Industry and Energy, Republik Korea mengunjungi MaCGDI bertujuan untuk melihat aktiviti dan kaedah pelaksanaan perkongsian maklumat geospatial yang dijalankan di Malaysia.  
8 October

Pameran Sempena Public Sector Cio Convex (PSCC 2019)

Sempena Public Sector CIO Convex (PSCC) 2019 yang dianjurkan oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), MaCGDI telah dijemput untuk menyertai pameran di persidangan tersebut. PSCC 2019 telah diadakan pada 8 dan 9 Oktober 2019 bertempat di Sime Darby Convention Centre, Bukit Kiara, Kuala Lumpur.
8 October

Mesyuarat Agensi Tunjak dan Custodian Data Geospatial Bagi Kategori Geology Bil. 1/2019

Mesyuarat Agensi Tunjak dan Custodian Data Geospatial bagi Kategori Geology Bil. 1/2019 telah diadakan pada 8 Oktober 2019 bertempat di Bilik Mesyuarat Permata Aras 7, Pusat Infrastruktur Data Geospatial Negara (MaCGDI), Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS).  
3 October

Lawatan Kerja Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)

Pada 3 Oktober 2019, usaha kolaboratif geospatial MaCGDI bersama agensi lain diteruskan bersama Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI). MARDI yang diketuai oleh YBrs. Puan Aida Al-Quswa binti Mohamad Ali selaku Timbalan Pengarah, Program Pengurusan Data dan Maklumat, Pusat Pengurusan ICT telah mengadakan lawatan kerja ini bertujuan membincangkan potensi MARDI berkolaboratif bersama MaCGDI dalam perkongsian maklumat geospatial.  
26 September

Lawatan Kerja Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK)

Pada 26 Ogos 2019, MaCGDI telah menyantuni delegasi lawatan kerja daripada Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK). Delegasi AADK diketuai oleh YBrs. Tuan Haji Khairil Anuar bin Karim, Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan, AADK.   Lawatan kerja ini merupakan salah satu sesi perkongsian berkaitan maklumat geospatial, khidmat nasihat serta perkhidmatan yang boleh ditawarkan oleh MaCGDI bagi melancarkan lagi pelaksanaan tugas AADK. Puan Hajah Abrizah binti Abdul Aziz selaku Pengarah MaCGDI telah mempengerusikan lawatan kerja ini.  
18 September

Bengkel Geocoding Data Untuk Projek MyGOS Bersama JPPH Bil. 1/2019

Bengkel ini diadakan selama dua hari bermula pada 18-19 September 2019 yang melibatkan pegawai MaCGDI daripada Cawangan Pembangunan Geodata dan bersama 12 orang pegawai dari Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Malaysia (JPPH). Bengkel ini bertujuan memberi pendedahan kepada pihak JPPH bagi pembangunan data geospatial melalui kaedah geocoding dan pemadanan sebelum data-data tersebut dimasukkan ke dalam aplikasi MyGOS.
18 September

Mesyuarat Agensi Tunjak dan Custodian Data Geospatial Bagi Kategori Aeonautical Bil. 1/2019

Mesyuarat Agensi Tunjak dan Custodian Data Geospatial bagi Kategori Aeronautical Bil. 1/2019 telah diadakan pada 18 September 2019 bertempat di Bilik Mesyuarat Permata Aras 7, Pusat Infrastruktur Data Geospatial Negara (MaCGDI), Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS). Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh En. Nordian bin Ibrahim daripada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) selaku Agensi Tunjak bagi kategori Aeronautical.  
17 September

Bengkel Pembangunan dan Penyelarasan Data Geospatial Kategori Aeronautical

Bengkel Pembangunan dan Penyelarasan Data Geospatial Kategori Aeronautical telah diadakan pada 17 September 2019 bertempat di Bilik Centre of Excellent (CoE), Aras 8, MaCGDI.   Objektif bengkel ini adalah untuk:
13 September

Pelancaran MyGeoportal Baharu

13 September 2019 | Jumaat - Pusat Infrastruktur Data Geospatial Negara (MaCGDI) telah melancarkan portal baharu yang mana ianya kini tampil dengan lebih berinforgrafik, informasi terkini,  mesra pengguna dan mempunyai rekabentuk antaramuka lebih moden sejajar dengan revolusi industri 4.0. Capaian MyGeoportal baharu dengan rasminya boleh dilayari di url : https://www.mygeoportal.gov.my/.  
Displaying 60 of 120