Mesyuarat Agensi Tunjak Dan Custodian Data Geospatial Bagi Kategori Hydrography telah dipengerusikan oleh Lt Kdr Razimi Bin Mohd Damri TLDM daripada Pusat Hidrografi Nasional selaku agensi tunjak bagi kategori Hydrography. Objektif mesyuarat ini ialah bagi tujuan penyelarasan, pengemaskinian dan mengenal pasti isu-isu yang timbul dalam pembangunan dan perkongsian data geospatial di kalangan agensi-agensi kerajaan bagi data ketegori Hydrography.
Mesyuarat Agensi Tunjak dan Custodian Data Geospatial Bagi Kategori Utility telah dipengerusikan oleh Sr Azlim Khan bin Abdul Raof Khan, Pengarah Ukur Bahagian (Pemetaan Utiliti) daripada Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) selaku agensi t
Pada 20 April 2021, bersesuaian dengan normal baharu dan bagi mengekang penularan COVID-19, PGN telah menerima lawatan kerja secara maya atau dalam talian daripada pihak Jabatan Pertanian Negeri Perak yang diketuai oleh YBrs. Encik Shahril Bin Sabri, Timbalan Pengarah Pertanian jabatan tersebut.
Pada 12 April 2021, PGN telah menerima kunjungan lawatan kerja daripada Kerajaan Negeri Johor yang diketuai oleh YBrs. Encik Mohd Fairul Bin Surian, Penolong Setiausaha Kanan di Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Johor (BPENJ).
Sesi menandatangani Dokumen PermulaanProjekSistem Maklumat Geografi Ketengah (SMK-GIS) di bawah Platform Malaysia Geospatial Online Services (MyGOS) antara Pusat Geospatial Negara (PGN) dan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH).
PGN telah membuat kunjungan lawatan teknikal ke PLANMalaysia yang diketuai oleh Puan Suzaini binti Jaafar, Timbalan Pengarah Cawangan Perkhidmatan Geospatial (CPG) dan dihadiri oleh 11 orang delegasi dari PGN
Tujuan lawatan teknikal ini adalah untuk melihat sistem i-Plan dan pengurusan data GIS yang dibangunkan oleh PLANMalaysia. Pembangunan system i-Plan menggunakan sepenuhnya teknologi open source seperti Geonode, Postgis dan Quantum GIS.
PGN telah menerima lawatan kerja daripada Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) yang diketuai oleh Puan Jamaliah Jaafar, Pengarah Bahagian Integrasi dan Pengurusan Data.
Kerajaan sebelum ini telah mengumumkan akan menubuhkan Pusat Analitik Data Raya Negara (NBDAC) bagi memastikan setiap perancangan dan pembuat keputusan berlandaskan analisis data selaras dengan inisiatif Kerajaan Digital.
Pada 18 Mac 2021, Pusat Hidrografi Nasional (PHN) telah menyantuni kunjungan hormat daripada Pusat Geospatial Negara (PGN). Kunjungan hormat ini bertujuan untuk membincangkan hala tuju struktur pengurusan tadbir urus MyGDI susulan maklum balas yang diterima daripada agensi melalui Bengkel Penyediaan Draf Pekeliling dan SOP Perkongsian dan Pelepasan Maklumat Geospatial di bawah MyGDI Bil 2/2020 yang telah diadakan pada 24 November 2020 yang lalu secara dalam talian.
Sr Ismail bin Hussin, Ketua Penolong Pengarah, Seksyen Polisi dan Outreach telah mewakili PGN membentangkan kertas kerja bertajuk "Geospatial Information Sharing in Industrial Revolution 4.0: Speed Up Production, Meet the Standard" di 10th IGRSM International Conference and Exhibition on Geospatial and Remote Sensing (IGRSM 2020).
Pada 17 September 2020, PGN telah menerima kunjungan lawatan kerja daripada Bahagian Profiling, Jabatan Perisikan dan Profiling, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM). Lawatan kerja ini bertujuan untuk membincangkan perkongsian maklumat geospatial bagi kegunaan peluasan asas cukai negara.