Skip to main content

Bengkel Spesifikasi Keperluan Bisnes (BRS) Pembangunan Aplikasi Kemaman GIS (KGIS) - Kolaborasi Platform MyGOS

12-13 Ogos 2025 | Selasa - Rabu | Majlis Perbandaran Kemaman, Terengganu 

Bengkel Semakan dan Pengemaskinian Pangkalan Data Nama Geografi (PDNG) Negeri Sabah Tahun 2025

22-24 Julai 2025 | Selasa - Khamis | Hotel Shangri-La, Tanjung Aru, Kota Kinabalu, Sabah

Pusat Geospatial Negara (PGN) selaku Sekretariat Kumpulan Kerja Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan (KKPDNG) dengan kerjasama Jabatan Tanah dan Ukur Sabah (JTUS) telah mengadakan Bengkel Semakan dan Pengemaskinian Pangkalan Data Nama Geografi (PDNG) Negeri Sabah tahun 2025.

Kursus Pengurusan Maklumat Geoinformatik (Asas) anjuran Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia

16 - 18 Julai 2025 | Rabu - Khamis | Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi (CREaTE) Jabatan Kerja Raya, Alor Gajah, Melaka

Persidangan Alamat Nasional 2025 Anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC)

16-17 Julai 2025 | Rabu-Khamis | Pusat Dagangan Dunia (WTC) , Kuala Lumpur

Pameran Sempena Jerayawara (Outreach) Rakan Strategik – Hari GIS 2025 Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG)

Pameran Sempena Jerayawara (Outreach) Rakan Strategik – Hari GIS 2025 Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) telah diadakan pada 15 Julai 2025 bertempat di Dewan Seri Melati, Presint 3, Perbadanan Putrajaya.

Pihak PGN sebagai Rakan Strategik dijemput untuk menyertai pameran dalam program ini. Program ini telah telah dirasmikan oleh Puan Norsham binti Abdul Latip, Timbalan Ketua Setiausaha (Sumber Asli), Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES). 

Esri User Conference 2025

Ts. Rusliza Hanim binti Maarif, Pengarah Pusat Geospatial Negara (PGN) bersama Dr. Azira binti Ibrahim, Ketua Penolong Pengarah, Seksyen Aplikasi GIS, PGN menghadiri Esri User Conference 2025 yang diadakan pada 14-18 Julai bertempat di San Diego Convention Center, California, United States. 

Kursus Pembangunan Aplikasi Web Berasaskan Drupal

7-10 Julai 2025 | Isnin - Khamis | Bilik Centre of Excellence (CoE), Aras 8, Menara PETRA, Putrajaya

Drupal merupakan sistem pembangunan aplikasi laman web yang telah digunakan secara meluas oleh pelbagai pihak. Kepelbagaian fungsi yang terkandung di dalam perisian sumber terbuka ini membolehkan pelbagai produk dihasilkan daripada Drupal seperti portal, forum, e-commerce, aplikasi perisian internet, blog, direktori dan jaringan sosial.

Mesyuarat Pemodelan Profil Sub-Permukaan 3D dan Pendigitalan Lubang Gerek

1 Julai 2025 | Selasa | 9.30 Pagi | Bilik Mesyuarat Bahagian Rekabentuk Forensik, Cawangan Kejuruteraan Geoteknik , Ibu Pejabat JKR Malaysia

Satu mesyuarat bersama Cawangan Kejuruteraan Geoteknik, Jabatan Kerja Raya (JKR) telah dilangsungkan bertujuan untuk membincangkan perkara-perkara berkaitan penghasilan pemodelan profil sub-permukaan secara 2D dan 3D.

Mesyuarat Jawatankuasa Penyelaras MyGDI Kebangsaan (JPMK ) Kali Ke-15 Tahun 2025

20 Jun 2025 | Jumaat | Bilik Mesyuarat Lestari, Aras 9, Blok F11, Kompleks F, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)

Pelaksanaan Audit Luar Oleh Sirim Bagi Pensijilan Semula Information Security Management System (ISMS) ISO/IEC 27001:2022 di Pusat Geospatial Negara

19-20 Jun 2025 | Khamis&Jumaat | 9.00 Pagi | Bilik Mesyuarat Permata, Aras 7, Menara PETRA dan Bilik Pembangunan, Aras 7

Audit ini dijalankan bertujuan untuk menilai dan mengesahkan pematuhan organisasi terhadap keperluan standard ISO/IEC 27001:2022, yang menggantikan versi terdahulu ISO/IEC 27001:2013. Objektif utama audit ini adalah untuk memastikan bahawa sistem pengurusan keselamatan maklumat (ISMS) organisasi telah disesuaikan dengan sepenuhnya mengikut kehendak dan struktur baharu yang digariskan dalam versi 2022.

Kursus Framework Laravel

Kursus ini berlangsung selama empat (4) hari dengan penglibatan peserta yang telah mempunyai asas dalam PHP. Program bermula setiap hari pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 5.00 petang, bertempat di Tamarind Square, Cyberjaya.

Mesyuarat Berkenaan Potensi Perkongsian Data antara Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) dan Pusat Geospatial Negara (PGN)

16 Jun 2025 | Isnin | Bilik Mesyuarat Permata, Aras 7, Menara PETRA

Mesyuarat ini dihadiri oleh wakil dari PGN dan PETRONAS.  

Mesyuarat membincangkan potensi kerjasama dalam perkongsian data geospatial PETRONAS dengan PGN. Dalam mesyuarat ini, dibentangkan pengenalan dan peranan PGN sebagai penyelaras MyGDI yang disampaikan oleh Sr Mohammad Zulhimi bin Che Abdullah. Seterusnya, Sr Nurul Satirah binti Abd Rahman membentangkan kaedah dan polisi perkongsian data geospatial.  

Displaying 12 of 164