Perbincangan Teknikal bersama KDN bertempat di Pusat Geospatial Negara telah diadakan pada Rabu 22 Jun 2022. Perbincangan ini bagi membincangkan penambahbaikan aplikasi MyOPP
Mesyuarat Khidmat Runding GIS kepada Bahagian Kawalan Penyakit Sektor MESVIPP, NCD Kementerian Kesihatan Malaysia telah diadakan pada 9 Jun 2022 yang dipengerusikan oleh Puan Suzaini binti Jabar dari Pusat Geospatial Negara.
Pusat Geospatial Negara (PGN), Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) telah menyertai 8th INTERNATIONAL CONFERENCE ON GEOMATICS AND GEOSPATIAL TECHNOLOGY (GGT2022) sebagai Penaja Silver. GGT2022 yang diadakan pada 25 hingga 26 Mei 2022 secara dalam talian telah dirasmikan oleh YBrs. Sr Mohammad Zaki bin Mohd Ghazali, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia dan dihadiri oleh ratusan pemain industri geospatial dari dalam negara dan antarabangsa.
Tempat : Bilik Seminar, Tingkat 26, Menara PJD, Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur
Bengkel Keperluan Pengguna yang bertujuan memberi pendedahan kepada pegawai-pegawai di CKG berkaitan aplikasi data SI yang digunapakai. Selain itu ia juga menjadi suatu platform dalam menyumbang idea bagi menambahbaik sistem aplikasi sedia ada.
Malaysia Geospatial Online Services (MyGOS) bertujuan memudahkan agensi kerajaan membangunkan aplikasi web GIS dan berkongsi maklumat geospatial secara dalam talian.
Sejak diperkenalkan pada tahun 2013, PGN telah berjaya berkolaborasi dengan pelbagai agensi kerajaan melalui MyGOS bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan.
SPP MyGOS kini telah sedia untuk agensi kerajaan membuat permohonan menggunakan perkhidmatan MyGOS.
Pada 3 Mac 2022, delegasi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) yang diketuai oleh Encik Shamsul Izhan Abdul Majid, Chief Technology and Innovation Officer, MCMC telah mengadakan kunjungan hormat secara maya ke PGN.
Pada 25 Januari 2022, PGN telah menerima kunjungan lawatan secara maya daripada lebih 100 orang pelajar jurusan Geoinformatik, Fakulti Alam Bina dan Ukur (FABU), Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
Para pelajar ini telah diiringi oleh YBrs. Sr Gs. Dr. Nurul Hawani binti Idris, Pensyarah Kanan, Jabatan Geoinformasi, FABU, UTM bersama beberapa pensyarah lain.
Pada 20 Januari 2022, Pusat Geospatial Negara (PGN) telah menerima kunjungan lawatan kerja dari Pusat Logistik dan Pengangkutan Maritim Malaysia (MaLTraC), Universiti Malaysia Terengganu (UMT).
MaLTraC, UMT merupakan sebuah pusat penyimpanan data logistik dan pengangkutan maritim bertaraf kebangsaan. Delegasi MaLTraC, UMT ini diketuai oleh Dr. Mohamad Rosni bin Othman, Dekan, Fakulti Pengajian Maritim, UMT merangkap Pengarah MaLTraC, UMT.
Pada 29 November 2021, satu Mesyuarat Teknikal MyGOS bersama Jabatan Pertanian Negeri Perak telah diadakan pada jam 2.30 petang bagi membincangkan keperluan bagi pembangunan aplikasi di platform MyGOS.
PUTRAJAYA – Pusat Geospatial Negara (PGN) membangunkan aplikasi MyLogistik iaitu peta maya yang mengandungi Peta Geospatial Fasiliti Logistik dan Jaringan Pengangkutan.
MyLogistik merupakan pemetaan secara maya semua maklumat lokasi infrastruktur logistik yang merangkumi gudang, off-dock depot, stesen penguat kuasa, lapangan terbang, pelabuhan persekutuan, stesen keretapi, lCQS, jeti serta jaringan landasan kereta api dan jalan raya.