Skip to main content

Kunjungan Hormat Secara Maya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC)

Pada 3 Mac 2022, delegasi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) yang diketuai oleh Encik Shamsul Izhan Abdul Majid, Chief Technology and Innovation Officer, MCMC telah mengadakan kunjungan hormat secara maya ke PGN.

 

Lawatan Secara Maya Pelajar Fakulti Alam Bina dan Ukur, Universiti Teknologi Malaysia

Pada 25 Januari 2022, PGN telah menerima kunjungan lawatan secara maya daripada lebih 100 orang pelajar jurusan Geoinformatik, Fakulti Alam Bina dan Ukur (FABU), Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

 

Para pelajar ini telah diiringi oleh YBrs. Sr Gs. Dr. Nurul Hawani binti Idris, Pensyarah Kanan, Jabatan Geoinformasi, FABU, UTM bersama beberapa pensyarah lain.

 

Lawatan Kerja Pusat Logistik dan Pengangkutan Maritim Malaysia (MaLTraC), Universiti Malaysia Terengganu (UMT)

Pada 20 Januari 2022, Pusat Geospatial Negara (PGN) telah menerima kunjungan lawatan kerja dari Pusat Logistik dan Pengangkutan Maritim Malaysia (MaLTraC), Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

 

MaLTraC, UMT merupakan sebuah pusat penyimpanan data logistik dan pengangkutan maritim bertaraf kebangsaan. Delegasi MaLTraC, UMT ini diketuai oleh Dr. Mohamad Rosni bin Othman, Dekan, Fakulti Pengajian Maritim, UMT merangkap Pengarah MaLTraC, UMT.

 

Mesyuarat Teknikal MyGOS bersama Jabatan Pertanian Negeri Perak

Pada 29 November 2021, satu Mesyuarat Teknikal MyGOS  bersama Jabatan Pertanian Negeri Perak telah diadakan pada jam 2.30 petang bagi membincangkan keperluan bagi pembangunan aplikasi di platform MyGOS.

Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Framework MyGDI (JTFM) Bilangan 1/ 2021

Lokasi: Bilik Mesyuarat Jed, JUPEM & Aplikasi Zoom

PGN Bangunkan Aplikasi Pemetaan Secara Maya

PUTRAJAYA – Pusat Geospatial Negara (PGN) membangunkan aplikasi MyLogistik iaitu peta maya yang mengandungi Peta Geospatial Fasiliti Logistik dan Jaringan Pengangkutan.

 

MyLogistik merupakan pemetaan secara maya semua maklumat lokasi infrastruktur logistik yang merangkumi gudang, off-dock depot, stesen penguat kuasa, lapangan terbang, pelabuhan persekutuan, stesen keretapi, lCQS, jeti serta jaringan landasan kereta api dan jalan raya.

 

 

Lawatan Kerja Secara Maya oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Pada pagi 15 Oktober 2021, PGN telah menerima 'kunjungan' lawatan kerja secara maya daripada Jabatan Transformasi Operasi dan Penyelarasan, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Sesuai dengan normal baharu bagi mengekang penularan COVID-19, pertemuan secara maya ini diadakan sebagai satu langkah awal pihak KWSP untuk mengenali dan mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkhidmatan yang disediakan oleh PGN selaku penyelaras MyGDI.

Mesyuarat Khidmat Runding Malaysia Geospatial Online Services (MyGOS) Bersama Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Mesyuarat Khidmat Runding MyGOS bersama Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM telah diadakan pada 30 September 2021 yang dipengerusikan oleh Puan Norrani binti Eksan, Pengarah Pembangunan dan Pematuhan Industri. Program Keselamatan dan Kualiti Makanan (PKKM) berhasrat untuk melaksanakan penggunaan MyGOS dalam pemetaan data lokasi premis/kilang yang mempunyai Pensijilan Bersih, Selamat dan Sihat (BeSS) dan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI).

Mesyuarat Agensi Tunjak dan Custodian Data Geospatial bagi Kategori Aeronautical Kali Ke-5

Mesyuarat Agensi Tunjak Dan Custodian Data Geospatial Bagi Kategori Aeronautical telah dilaksanakan melalui medium aplikasi Zoom yang dipengerusikan oleh YBrs. Encik Md Nastain B. Mahazur daripada Civil Aviation Authority Malaysia (CAAM) selaku agensi tunjak bagi kategori Aeronautical.

Mesyuarat Agensi Tunjak dan Custodian Data Geospatial bagi Kategory Soil & Vegetation Kali Ke-10

Mesyuarat Agensi Tunjak Dan Custodian Data Geospatial Bagi Kategori Soil & Vegetation telah dipengerusikan oleh Pn.

Mesyuarat Agensi Tunjak dan Custodian Data Geospatial bagi Kategory Hydrography Kali Ke-10

Mesyuarat Agensi Tunjak Dan Custodian Data Geospatial Bagi Kategori Hydrography telah dipengerusikan oleh Lt Kdr Razimi Bin Mohd Damri TLDM daripada Pusat Hidrografi Nasional selaku agensi tunjak bagi kategori Hydrography. Objektif mesyuarat ini ialah bagi tujuan penyelarasan, pengemaskinian dan mengenal pasti isu-isu yang timbul dalam pembangunan dan perkongsian data geospatial di kalangan agensi-agensi kerajaan bagi data ketegori Hydrography.

Mesyuarat Agensi Tunjak dan Custodian Data Geospatial bagi Kategory Utility Kali Ke-10

Mesyuarat Agensi Tunjak dan Custodian Data Geospatial Bagi Kategori Utility telah dipengerusikan oleh Sr Azlim Khan bin Abdul Raof Khan, Pengarah Ukur Bahagian (Pemetaan Utiliti) daripada Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) selaku agensi t

Displaying 60 of 156