Skip to main content

Lawatan Peserta Kursus UP07/19 (Aplikasi GIS di Jabatan/Agensi) Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN)

Pada 17 April 2019, MaCGDI telah menyantuni kunjungan lawatan peserta Kursus UP07/19 bertajuk Aplikasi GIS Di Jabatan/Agensi yang dianjurkan oleh Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN). Peserta kursus ini terdiri daripada 30 orang pegawai yang bertugas di pelbagai Jabatan/Agensi Kerajaan seperti Kementerian di peringkat Persekutuan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan.

Pelaksanaan Audit Dalam Bagi Audit Pemantauan Tahun Kedua Pensijilan Semula Information Security Management System (ISMS) MaCGDI

Pelaksanaan Audit Dalam Bagi Audit Pemantauan Tahun Kedua Pensijilan Semula ISMS MaCGDI untuk tahun 2019.

MaCGDI melaksanakan Pensijilan Semula (Recertification) ISMS ISO/IEC 27001:2013 bagi skop yang sama iaitu “Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) untuk menyediakan perkhidmatan keselamatan maklumat bagi Perkongsian Data Geospatial MaCGDI”. Tempoh sah Pensijilan Semula ISMS MaCGDI ini bermula dari 3 Julai 2017 sehingga 2 Julai 2020.

Pasukan Juruaudit Dalam KATS yang terdiri daripada :

Kursus Aplikasi MyGeoTranslator kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Pahang dan agensi di negeri Pahang

Kursus Aplikasi MyGeoTranslator kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Pahang dan agensi di negeri Pahang diadakan adalah bagi memberi pendedahan dan kemahiran tentang penggunaan Aplikasi MyGeoTranslator.

 

Selain itu, kursus ini juga diadakan bagi membolehkan agensi di Negeri Pahang mendapat pengetahuan/kecekapan dalam pengendalian data geospatial dan memastikan pelaksanaan penyediaan data GIS dapat dilaksanakan secara berterusan mengikut standard-standard yang telah ditetapkan.

 

Kursus ArcGIS Dekstop bagi Agensi Pembekal Data (APD) di Negeri Perak

Pada 26 hingga 28 Februari 2018,Pihak Pusat Infrastruktur Data Geospatial Negara (MaCGDI) telah mengadakan Kursus ArcGIS Dekstop yang bertempat di Bilik Latihan Komputer, Bahagian Pengurusan Maklumat, SUK, Perak kepada Pegawai dari;

Perbincangan Halatuju Portal Mycorridor Modul GIS Antara Pusat Infrastruktur Data Geospatial Negara (MaCGDI) & Malaysia Invesment Development Authority (MIDA)

Pada 24 Januari 2018,  Pusat Infrastruktur Data Geospatial Negara (MaCGDI) telah mengadakan satu perbincangan bersama Malaysia Invesment Development Authority (MIDA) yang bertempat di Bilik Mesyuarat Permata Aras 7 MaCGDI, NRE yang telah dipengerusikan oleh Encik Hanafi bin Bujang dimana melibatkan 8 orang pegawai dari MIDA.

 

Lawatan Kerja Dan Perbincangan Mengenai Potensi Kerjasama Dengan Jabatan Bekalan Air (JBA)

Pada 22 Januari 2019 lalu, MaCGDI telah menerima lawatan kerja dari Jabatan Bekalan Air (JBA) bagi tujuan perbincangan potensi kerjasama di antara kedua-dua pihak. JBA merupakan salah satu Jabatan yang sebelum ini bernaung di bawah Kementerian Tenaga Teknologi Hijau Dan Air (KeTTHA). Pembentukan Kerajaan Baharu pada tahun 2018 telah menggabungkan semula Jabatan sektor air di bawah KeTHHA termasuk JBA bersama Jabatan-jabatan di bawah NRE menjadi satu Kementerian yang kini dijenamakan sebagai Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS).

 

Lawatan Kerja Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA MALAYSIA)

Pada tanggal 14 Januari 2019, MaCGDI telah menerima lawatan kerja dari Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA Malaysia). NADMA Malaysia merupakan agensi yang bernaung di bawah Jabatan Perdana Menteri bertanggungjawab menyelaras agensi-agensi kerajaan yang terlibat dengan penguatkuasaan bencana. NADMA Malaysia turut berperanan sebagai jentera perancangan dan pelaksanaan bantuan bencana negara supaya ianya dapat diurus dengan lebih cekap, berkesan serta sampai ke segenap lapisan masyarakat khususnya kepada mangsa bencana.

 

Kursus Pemprosesan Data As-Built Drawing Format Autocad ke Format GIS Ready

Kursus Pemprosesan Data As-Built Drawing Format Autocad ke Format GIS Ready telah diadakan pada 17 - 19 Disember 2018 di Bilik Dahlia, Blok G, Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM).

Kursus ini diadakan adalah bagi memberi pendedahan dan kemahiran tentang penggunaan perisian ArcGIS dan perisian Autocad serta Malaysia Geospatial Services (MyGOS).

Lawatan Korean Standards Association

Pada 6 Disember 2018, MaCGDI telah dikunjungi oleh lawatan delegasi antarabangsa Korean Standards Association (KSA). KSA yang bernaung di bawah Ministry of Trade, Industry and Energy, Republik Korea menganjurkan lawatan ke MaCGDI bertujuan untuk melihat ciri-ciri Geographic Information Management System, mempelajari kaedah perkongsian maklumat geospatial bersama pihak pemegang taruh serta strategi yang diterima pakai untuk meningkatkan keberkesanan penggunaan Sistem Maklumat Geografi (GIS) di Malaysia.

Mesyuarat Agensi Tunjak dan Custodian Data Geospatial Kategori Aeronautical Bil 1/2018 Dipengerusikan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM)

Dihadiri oleh :

1. Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM)

2. Malaysian Airports Holdings Berhad (MAHB)

3. Senai Airport Holdings Berhad (MAHB)

4. Jabatan Pengurusan Lapangan Terbang Kerteh

5. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM)

6. Jabatan Kerja Raya (JKR)

7. Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)

8. Majlis Keselamatan Negara (MKN)

Lawatan Pusat Pengajian Sains Ukur Dan Geomatik (PPSUG), Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam Dan Departmen Teknik Geomatika, Institut Teknologi Sepuluh Nopember (ITS) Surabaya Indonesia

Pada 19 Oktober 2018, MaCGDI, KATS telah menerima kunjungan rasmi daripada Pensyarah dan ahli akademik yang melibatkan dua (2) buah negara iaitu Malaysia dan Indonesia. Delegasi lawatan terdiri daripada dua (2) orang Pensyarah Pusat Pengajian Sains Ukur Dan Geomatik (PPSUG), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam dan lima (5) orang ahli akademik Departmen Teknik Geomatika, Institut Teknologi Sepuluh Nopember (ITS) Surabaya, Indonesia.

Bengkel Kajian Keperluan Pengguna Bagi Penyediaan Spesifikasi Pembangunan Aplikasi MyGDI Explorer Baharu (Next Gen Data Catalogue)

Bengkel yang diadakan selama dua (2) hari bermula pada 18-20 September 2018 ini melibatkan 43 orang pegawai daripada agensi/jabatan seperti yang dinyatakan diatas. Sepanjang tempoh bengkel diadakan para peserta diberi taklimat mengenai existing system bagi MyGDI Explorer. Selain itu wakil daripada MIMOS turut membentangkan mengenai Teknologi sedia ada dan wakil MARDI pula membentangkan mengenai standard yang diguna pakai di Malaysia.

Displaying 96 of 141