Latihan Pengemaskinian Data MyGeoCKAPS
Pusat Geospatial Negara, PGN telah mengadakan satu latihan pengemaskinian data MyGeoCKAPS pada 23 Januari 2024 di bawah urus setia Seksyen Aplikasi Web dan Multimedia, PGN di bilik Centre of Excellent, Aras 8, Wisma Sumber Asli, Putrajaya.
Latihan bertujuan memberi pendedahan kepada agensi berkenaan konsep asas GIS dan membantu organisasi dalam melaksanakan pembersihan dan pengemaskinian data secara sistematik bagi menjamin data yang dimasukkan ke dalam Aplikasi GIS adalah berkualiti dan memenuhi keperluan agensi.