Lawatan Kerja Secara Maya oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
Pada pagi 15 Oktober 2021, PGN telah menerima 'kunjungan' lawatan kerja secara maya daripada Jabatan Transformasi Operasi dan Penyelarasan, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Sesuai dengan normal baharu bagi mengekang penularan COVID-19, pertemuan secara maya ini diadakan sebagai satu langkah awal pihak KWSP untuk mengenali dan mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkhidmatan yang disediakan oleh PGN selaku penyelaras MyGDI.