Lawatan Industri Kelab Geoinformatik UTM bagi Program Geoconnect’25
Pusat Geospatial Negara (PGN) telah menerima satu lawatan industri daripada Kelab Geoinformatik UTM bagi program Geoconnect’25 pada 9 Disember 2025 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 10, Blok F11, Kompleks F. Lawatan Industri ini disertai oleh 59 pelajar Ijazah Sarjana Muda Geoinformatik dan diiringi oleh tiga orang Pensyarah Kanan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).