Skip to main content
Please wait...
5 March

Lawatan Pegawai Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang

Tarikh : 05 Mac 2024 Masa : 2.30 – 5.00 petang Tempat : Bilik Mesyuarat Permata, Aras 7, Menara PETRA, Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Putrajaya Bilangan delegasi : 7 orang
28 February

Lawatan Akademik Pelajar HGT342 - Kaedah Penyelidikan Dan Kajian Luar Geografi, Pusat Pengajian Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia (USM)

Tarikh : 28 Februari 2024 Masa : 2.30 – 5.00 petang Tempat : Bilik Mesyuarat Mutiara, Aras 13, Menara PETRA, Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Putrajaya Bilangan delegasi : 3 orang pensyarah dan 24 orang pelajar
23 January

Latihan Pengemaskinian Data MyGeoCKAPS

Pusat Geospatial Negara, PGN telah mengadakan satu latihan pengemaskinian data MyGeoCKAPS pada 23 Januari 2024 di bawah urus setia Seksyen Aplikasi Web dan Multimedia, PGN di bilik Centre of Excellent, Aras 8, Wisma Sumber Asli, Putrajaya. Latihan bertujuan memberi pendedahan kepada agensi berkenaan konsep asas GIS dan membantu organisasi dalam melaksanakan pembersihan dan pengemaskinian data secara sistematik bagi menjamin data yang dimasukkan ke dalam Aplikasi GIS adalah berkualiti dan memenuhi keperluan agensi.
20 December

Mesyuarat Jawatankuasa Transformation Task Force Cameron Highlands: Work Group 7 - River Sediment Management - Cadangan Pembangunan Peta Asas Cameron Highlands MyMAPS - TTFCH

Delegasi PGN telah mengadakan kunjungan ke NAHRIM untuk bertemu pihak NAHRIM serta pihak Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands bagi bersama-sama membincangkan cadangan pembangunan Web GIS kawasan Cameron Highlands menggunakan platform MyMAPS. MyMAPS, sebuah platform yang dibangunkan oleh PGN telah dicadangkan sebagai platform Web GIS dan medium kolaborasi bersama NAHRIM serta semua agensi yang terlibat dalam Jawatankuasa Transformation Task Force Cameron Highlands ini.
27 July

Aplikasi Geospatial bantu MAIDAM bangunkan Tanah Wakaf

"... Lebih 600 data tanah wakaf di Terengganu dimuat naik menerusi Aplikasi Geospatial Tanah Wakaf MAIDAM sejak ia digunakan pada 2018" "Pengumpulan data melalui aplikasi yang dibangunkan oleh Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) dengan kerjasama Pusat Geospatial Negara (PGN) itu penting dalam membantu MAIDAM membuat pertimbangan untuk membangunkan tanah wakaf berkenaan". [SURAT KHABAR SINAR HARIAN]
17 July

Latihan Perisian QGIS oleh PGN kepada JKR Malaysia

Satu sesi latihan selama 2 hari telah dianjurkan khusus untuk para pegawai Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) mempelajari kemahiran menggunakan perisian QGIS dalam memproses data GIS. Latihan ini telah disampaikan oleh Gs. Roshana binti Mat Rafar dan Puan Salina binti Ibrahim.
5 July

Mesyuarat Ke-74 Jawatankuasa Pemetaan dan Data Spatial Negara (JPDSN)

Mesyuarat ke-74 Jawatankuasa Pemetaan dan Data Spatial Negara (JPDSN) telah diadakan pada 5 Julai 2023 di Sabah Hotel, Sandakan, Sabah. Mesyuarat ini telah diadakan bertujuan untuk melapor dan menyelaraskan aktiviti berkaitan pemetaan serta membincangkan hala tuju pembangunan data spatial yang boleh dimanfaatkan bersama demi kepentingan negara. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh YBrs. Sr Hazri bin Hassan, Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia II.
26 June

Mesyuarat Penyelarasan Data Geospatial Jalan Raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Bersama pihak Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) dan Pusat Geospatial Negara (PGN)

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) sebagai Agensi Tunjak dan Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) selaku penyelaras jemputan dan juga custodian data dibawah Program MyGDI.
6 March

Kunjungan Hormat oleh Corporate Advisor/ Chief Executive Officer (CEO) Menteri Besar Incorporated (MBI) Terengganu

Pusat Geospatial Negara (PGN), Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) telah menerima kunjungan hormat daripada Tuan Haji Mazli Zakuan bin Mohd Noor, Corporate Advisor/Chief Executive Officer (CEO) Menteri Besar Incorporated (MBI) Terengganu. Kunjungan hormat ini adalah sebagai pendedahan berkenaan peranan PGN, NRECC sebagai penyelaras Program MyGDI serta kolaboratif yang boleh dijalinkan antara kedua-dua pihak.
4 March

PGN, NRECC sebagai Panel Program Youth Innovation for Disaster Risk Reduction (DRR)

4 Mac 2023 | De Palma Hotel, Shah Alam Dr. Syaifulnizam bin Abd Manaf, Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Pembangunan Geodata dan Penyelidikan telah mewakili PGN, NRECC di program ini untuk mengulas lanjut topik berkaitan pembangunan data geospatial di Malaysia. Program yang dianjurkan oleh Pusat Kajian Bencana Asia Tenggara (SEADPRI-UKM), U-INSPIRE Malaysia dan UNICEF Malaysia ini telah menghimpunkan belia dan profesional muda sebagai inisiatif pengurusan risiko bencana di Malaysia.
1 August

Pameran bagi Persidangan Pentadbiran Tanah Sempena Sambutan Hari Tanah Negara Ke-6 Tahun 2022

Pada 1 Ogos 2022, Pusat Geospatial Negara (PGN), Kementerian Tenaga dan Sumber Asli telah menyertai pameran bagi Persidangan Pentadbiran Tanah sempena Sambutan Hari Tanah Negara Ke-6 Tahun 2022. Persidangan yang melibatkan semua pentadbir tanah di Semenanjung Malaysia ini telah melibatkan sebanyak 12 reruai pameran daripada agensi dan jabatan berkaitan termasuk PGN.
Displaying 12 of 128