LAWATAN KERJA PUSAT LOGISTIK DAN PENGANGKUTAN MARITIM MALAYSIA (MaLTraC), UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (UMT)
Pada 20 Januari 2022, Pusat Geospatial Negara (PGN) telah menerima kunjungan lawatan kerja dari Pusat Logistik dan Pengangkutan Maritim Malaysia (MaLTraC), Universiti Malaysia Terengganu (UMT).
MaLTraC, UMT merupakan sebuah pusat penyimpanan data logistik dan pengangkutan maritim bertaraf kebangsaan. Delegasi MaLTraC, UMT ini diketuai oleh Dr. Mohamad Rosni bin Othman, Dekan, Fakulti Pengajian Maritim, UMT merangkap Pengarah MaLTraC, UMT.