Skip to main content

Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Atlas Kebangsaan Bilangan 1 Tahun 2023

Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Atlas Kebangsaan (JTAK) Bil. 1 Tahun 2023 telah diadakan pada 23 Jun 2023 bertempat di Bilik Persidangan Tingkat 15, Wisma JUPEM yang dipengerusikan oleh Sr Hamzah bin Hasan, Pengarah Ukur Bahagian Kartografi dan GIS, JUPEM.

Kunjungan Hormat oleh Corporate Advisor/ Chief Executive Officer (CEO) Menteri Besar Incorporated (MBI) Terengganu

Pusat Geospatial Negara (PGN), Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) telah menerima kunjungan hormat daripada Tuan Haji Mazli Zakuan bin Mohd Noor, Corporate Advisor/ Chief Executive Officer (CEO) Menteri Besar Incorporated (MBI) Terengganu.

Kunjungan hormat ini adalah sebagai pendedahan berkenaan peranan PGN, NRECC sebagai penyelaras Program MyGDI serta kolaboratif yang boleh dijalinkan antara kedua-dua pihak.

PGN, NRECC sebagai Panel Program Youth Innovation for Disaster Risk Reduction (DRR)

4 Mac 2023 | De Palma Hotel, Shah Alam

Dr. Syaifulnizam bin Abd Manaf, Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Pembangunan Geodata dan Penyelidikan telah mewakili PGN, NRECC di program ini untuk mengulas lanjut topik berkaitan pembangunan data geospatial di Malaysia.

Program yang dianjurkan oleh Pusat Kajian Bencana Asia Tenggara (SEADPRI-UKM), U-INSPIRE Malaysia dan UNICEF Malaysia ini telah menghimpunkan belia dan profesional muda sebagai inisiatif pengurusan risiko bencana di Malaysia.

Pameran bagi Persidangan Pentadbiran Tanah Sempena Sambutan Hari Tanah Negara Ke-6 Tahun 2022

Pada 1 Ogos 2022, Pusat Geospatial Negara (PGN), Kementerian Tenaga dan Sumber Asli telah menyertai pameran bagi Persidangan Pentadbiran Tanah sempena Sambutan Hari Tanah Negara Ke-6 Tahun 2022. Persidangan yang melibatkan semua pentadbir tanah di Semenanjung Malaysia ini telah melibatkan sebanyak 12 reruai pameran daripada agensi dan jabatan berkaitan termasuk PGN.

Program Digital & GIS KeTSA 2022

Program Digital & GIS KeTSA 2022 telah berjaya dianjurkan oleh Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) secara bersama oleh Pusat Geospatial Negara dan Bahagian Pengurusan Maklumat pada 26 Julai 2022 bertempat di Dewan Baiduri, KeTSA. Program ini merekodkan kehadiran seramai 389 orang yang terdiri daripada warga KeTSA, Jabatan serta Agensi di bawah KeTSA.

 

Perbincangan Teknikal Bersama Kementerian Dalam Negeri

Perbincangan Teknikal bersama KDN bertempat di Pusat Geospatial Negara telah diadakan pada Rabu 22 Jun 2022. Perbincangan ini bagi membincangkan penambahbaikan aplikasi MyOPP

Kursus Refresher Sistem Infrastruktur Data Geospatial Negara (MyGDI) Kepada Majlis Agama Islam Negeri bagi Pengisian Data Tanah Wakaf di Seluruh Negara

Tarikh : 21 Jun 2022 (Selasa)

Masa : 9.00 pagi hingga 4.00 petang

Tempat : Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR),Presint 3, Putrajaya

Mesyuarat Khidmat Runding GIS Bersama Bahagian Kawalan Penyakit Sektor MESVIPP, NCD, Kementerian Kesihatan Malaysia

Mesyuarat Khidmat Runding GIS kepada Bahagian Kawalan Penyakit  Sektor MESVIPP, NCD Kementerian Kesihatan Malaysia telah diadakan pada 9 Jun 2022 yang dipengerusikan oleh Puan Suzaini binti Jabar dari Pusat Geospatial Negara.

Penyertaan Pusat Geospatial Negara di 8th International Conference on Geomatics and Geospatial Technology 2022 (GGT 2022)

Pusat Geospatial Negara (PGN), Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) telah menyertai 8th INTERNATIONAL CONFERENCE ON GEOMATICS AND GEOSPATIAL TECHNOLOGY (GGT2022) sebagai Penaja Silver. GGT2022 yang diadakan pada 25 hingga 26 Mei 2022 secara dalam talian telah dirasmikan oleh YBrs. Sr Mohammad Zaki bin Mohd Ghazali, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia dan dihadiri oleh ratusan pemain industri geospatial dari dalam negara dan antarabangsa.

Bengkel Keperluan Pengguna - Penambahbaikan Aplikasi Data Site Investigation (SI) Fasa 2

Tarikh: 17-18 Mei 2022

(Selasa & Rabu)

Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang

Tempat : Bilik Seminar, Tingkat 26, Menara PJD, Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur

Bengkel Keperluan Pengguna yang bertujuan memberi pendedahan kepada pegawai-pegawai di CKG berkaitan aplikasi data SI yang digunapakai. Selain itu ia juga menjadi suatu platform dalam menyumbang idea bagi menambahbaik sistem aplikasi sedia ada.

AGENSI KERAJAAN BOLEH MEMOHON PERKHIDMATAN MyGOS MELALUI SISTEM PERMOHONAN DAN PEMANTAUAN PROJEK (SPP) MyGOS

Malaysia Geospatial Online Services (MyGOS) bertujuan memudahkan agensi kerajaan membangunkan aplikasi web GIS dan berkongsi maklumat geospatial secara dalam talian.

Sejak diperkenalkan pada tahun 2013, PGN telah berjaya berkolaborasi dengan pelbagai agensi kerajaan melalui MyGOS bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan.

SPP MyGOS kini telah sedia untuk agensi kerajaan membuat permohonan menggunakan perkhidmatan MyGOS.

Displaying 48 of 149