Pameran Sempena Majlis Prapelancaran Hari Alam Sekitar Negara 2016
Pada tanggal 25 September 2016 yang lalu, satu Majlis Prapelancaran Hari Alam Sekitar Negara 2016 telah diadakan di Dewan Transformasi, Sek. Men. Keb. Tun Mamat, Tangkak, Johor. Majlis prapelancaran ini telah dianjurkan oleh Jabatan Alam Sekitas (JAS) dan telah disempurnakan oleh YB Datuk Ir Haji Hamim bin Samuri, Timbalan Menteri NRE. Hari Alam Sekitar Negara pada tahun ini akan disambut pada 22 Oktober 2016.