Mesyuarat Agensi Tunjak dan Custodian Data Geospatial bagi Kategori Hydrography Bil. 1/ 2016
Mesyuarat Agensi Tunjak Dan Custodian Data Geospatial Bagi Kategori Hydrography Bil. 1/2016 telah dipengerusikan oleh Lt. Kdr Kamarudin bin Yusuff (TLDM) daripada Pusat Hidrografi Nasional (PHN) selaku agensi tunjak bagi kategori Hydrography. Objektif mesyuarat ini ialah bagi tujuan penyelarasan, pengemaskinian dan mengenal pasti isu-isu yang timbul dalam pembangunan dan perkongsian data geospatial di kalangan agensi-agensi kerajaan.