Mesyuarat Agensi Tunjak Dan Custodian Data Geospatial Bagi Kategori Soil & Vegetation Bil. 1/2017
Mesyuarat Agensi Tunjak Dan Custodian Data Geospatial Bagi Kategori Soil & Vegetation Bil. 1/2017 telah dipengerusikan oleh En. Ngaijan bin Agale daripada Jabatan Pertanian Malaysia selaku agensi tunjak bagi kategori Soil & Vegetation. Objektif mesyuarat ini ialah bagi tujuan penyelarasan, pengemaskinian dan mengenal pasti isu-isu yang timbul dalam pembangunan dan perkongsian data geospatial di kalangan agensi-agensi kerajaan.