Lawatan Akademik Pelajar Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam Akuakultur, UPM Ke Pusat Infrastruktur Data Geospatial Negara (MaCGDI)
PUTRAJAYA – 16 November 2016, MaCGDI telah menerima lawatan akademik daripada Pelajar Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam Akuakultur (AKU4701), UPM yang disertai seramai 18 orang pelajar dan seorang pensyarah pengiring. Pihak delegasi disambut mesra oleh Sr Mohamed Sofian bin Abu Talib, Timbalan Pengarah Cawangan Geodata dan turut disambut oleh pegawai-pegawai MaCGDI yang hadir.