Lawatan Kerja Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA MALAYSIA)
Pada tanggal 14 Januari 2019, MaCGDI telah menerima lawatan kerja dari Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA Malaysia). NADMA Malaysia merupakan agensi yang bernaung di bawah Jabatan Perdana Menteri bertanggungjawab menyelaras agensi-agensi kerajaan yang terlibat dengan penguatkuasaan bencana. NADMA Malaysia turut berperanan sebagai jentera perancangan dan pelaksanaan bantuan bencana negara supaya ianya dapat diurus dengan lebih cekap, berkesan serta sampai ke segenap lapisan masyarakat khususnya kepada mangsa bencana.