Skip to main content

Istilah Sumber dan Definition adalah berdasarkan dokumen ISO/TC 211 Multi-Lingual Glossary of Terms (MLGT).
Istilah Sasaran dan Huraian adalah daripada Kumpulan Kerja Multi-Lingual Glossary of Terms Maklumat Geografi/Geomatik (KKMLGT).

ID ISO/TC211 Istilah Sumber Istilah Sasaran Definition Huraian Tarikh kemas kini
507 locale tempat peristiwa

cultural and linguistic setting applicable to the interpretation of a character string

definisi perkara berkaitan persekitaran pengguna yang bergantung kepada penggunaan bahasa dan budaya.

2345 location lokasi

particular place or position.

tempat atau kedudukan sesuatu objek atau fitur yang mempunyai koordinat.

282 map peta

portrayal of geographic information as a digital image file suitable for display on a computer screen

dokumen saintifik bercetak atau berdigit yang mengandungi sebahagian atau keseluruhan permukaan bumi berskala dalam bentuk grafik atau fotografi.

618 map projection unjuran peta

coordinate conversion from an ellipsoidal coordinate system to a plane

satu sistem meridian dan garis selari yang teratur di atas permukaan satah untuk menggambarkan permukaan melengkung sfera terestrial atau cakerawala atau pun sferoid.

284 mean sea level min aras laut

average level of the surface of the sea over all stages of tide and seasonal variations

purata aras ketinggian permukaan laut, iaitu purata kesemua aras pasang surut bagi kawasan tertentu.

862 measurable quantity kuantiti yang boleh diukur

attribute of a phenomenon, body or substance that may be distinguished qualitatively and determined quantitatively.

nilai yang dapat dibezakan dan ditentukan secara kualitatif dan kuantitatif.

559 measurand unit ukur

particular quantity subject to measurement

kuantiti objek yang akan diukur.

2386 measure mengukur

operations associated to measurements.

proses yang berkaitan dengan pengukuran kedudukan dan keluasan lokasi.

560 measurement pengukuran

set of operations having the object of determining the value of a quantity

sukatan; pengukuran; penyukatan.

1607 measurement accuracy ketepatan ukuran

closeness of agreement between a test result or measurement result and the true value

ketepatan dalam pengukuran.

1463 measurement error selisih ukuran

measured quantity value minus a reference quantity value

nilai kuantiti diukur dibandingkan dengan nilai kuantiti rujukan.

287 medium medium

substance or agency for storing or transmitting data

bahan atau sesuatu yg menjadi perantara bagi menghasilkan sesuatu kesan.

711 meridian meridian

intersection of an ellipsoid by a plane containing the shortest axis of the ellipsoid.

garis khayalan yg merupakan bulatan yg membelah bumi dr kutub utara ke kutub selatan.

1650 metadata metadata

information about a resource

data yang berhubungan dengan data lain. Data ini menerangkan setiap kandungan butiran atau koleksi data yang merangkumi pelbagai kandungan butiran dan peringkat hierarki. Dalam pemprosesan data, metadata menyediakan maklumat dan dokumentasi data terurus dalam satu aplikasi. Metadata boleh juga mengandungi maklumat deskriptif mengenai konteks, kualiti dan keadaan atau ciri data tersebut. Metadata juga digunakan untuk memudahkan pemahaman, mengenali sifat dan menguruskan penggunaan data. Contohnya, dokumen data mengenai elemen data atau atribut (nama, saiz dan jenis) dan data mengenai rekod atau struktur data (medan dan lajur).

290 metadata element elemen metadata

discrete unit of metadata.

pecahan unit metadata.

299 model model

abstraction of some aspects of reality.

gambaran objek atau fitur di atas permukaan bumi.

1678 module modul

predefined set of elements in a base standard that can be used to construct a profile

set elemen yang telah ditetapkan dalam standard asas yang boleh digunakan untuk membina profil atau struktur aplikasi.

1336 Multipurpose Internet Mail Extensions (MIME) type jenis sambungan mel internet serbaguna (MIME)

media type and subtype of data in the body of a message that designates the native representation (canonical form) of such data

format piawai untuk memasukkan maklumat bukan teks ke dalam e-mel, seterusnya menyokong penghantaran mesej media bercampur melalui rangkaian TCP/IP. MIME juga piawai penghantaran teks bukan Rumi (contohnya teks Jawi,Cina, Rusia,Kanji) yang tidak boleh diwakilkan dalam kod ASCII. Protokol MIME meliputi pertukaran data dalam bentuk perduaan, audio, video, imej, perisian aplikasi, atau ASCII.

1942 nadir nadir

point directly beneath a position.

titik tepat sudut pugak di bawah kedudukan garis bayangan.

306 navigation pengemudian/ pemanduan arah

combination of routing, route traversal and tracking

pelayaran atau proses mencari maklumat dalam tapak web dengan mengklik hiperpautan yang akan membawa pengguna dari satu laman ke satu laman yang lain. Sambil mengemudi, pengguna mungkin berpindah dari satu komputer ke satu komputer lain atau dari satu pelayan ke satu pelayan lain tanpa disedari.

307 neighbourhood kejiranan

geometric set containing a specified direct position in its interior, and containing all direct positions within a specified distance of the specified direct position.

set geometri yang menunjukkan kedudukan dalam objek dan hubungkait objek dengan objek yang lain dalam jarak yang tertentu.

308 network rangkaian

abstract structure consisting of a set of 0-dimensional objects called junctions, and a set of 1-dimensional objects called links that connect the junctions, each link being associated with a start (origin, source) junction and end (destination, sink) junction

koleksi dua atau lebih komputer dan alat yang berkaitan. Kesemuanya disambungkan bersama ke alat komunikasi. Setelah disambungkan, setiap bahagian rangkaian dapat berkongsi perkakasan, perisian dan maklumat. Jenis rangkaian yang paling lazim ialah LAN dan WAN.

309 node nod

0-dimensional topological primitive

istilah topologi bagi suatu titik penghabisan atau persilangan pada suatu sistem jaringan.

1470 noise Hingar

unwanted signal which can corrupt the measurement

isyarat yang tidak diingini yang boleh mengganggu pengukuran.

311 northing utaraan

distance in a coordinate system, northwards (positive) or southwards (negative) from an east-west reference line

salah satu daripada garis grid timur-barat pada sebuah peta topografi.

312 object objek

entity with a well defined boundary and identity that encapsulates state and behaviour.

entiti yang mempunyai sempadan yang jelas dengan sifat dan keadaan tertentu.

519 objective objektif

optical element that receives light from the object and forms the first or primary image of an optical system.

elemen optik yang menerima cahaya dari objek dan membentuk imej utama dalam sistem optikal

2716 observation cerapan

act carried out by an observer to determine the value of an observable property of an object (feature-of interest) by using a procedure, with the value provided as the result

Pemerhatian atau pengukuran nilai kuantitatif atau kualitatif bagi sesuatu fitur atau entiti.

1305 observation procedure prosedur cerapan

method, algorithm or instrument, or system of these, which may be used in making an observation

kaedah, algoritma atau instrumen, atau sistem ini, yang boleh digunakan untuk membuat cerapan.

1346 ontology ontologi

formal representation of phenomena of a universe of discourse with an underlying vocabulary including definitions and axioms that make the intended meaning explicit and describe phenomena and their interrelationships

model yang berfungsi untuk amalan tertentu, seperti e-dagang dan pengurusan pengetahuan. Dalam kecerdasan buatan (AI), ontologi ialah spesifikasi pengkonsepsian yang digunakan untuk membantu atur cara dan membolehkan manusia berkongsi pengetahuan. Dalam penggunaan ini, ontologi adalah satu set konsep yang melibatkan benda, peristiwa dan hubungan yang dispesifikasi dengan cara tertentu supaya perbendaharaan kata dapat dicipta untuk pertukaran maklumat. Lihat pengurusan pengetahuan.

318 operation pengendalian/operasi

specification of a transformation or query that an object may be called to execute

spesifikasi suatu transformasi atau pertanyaan sesuatu objek yang boleh dipanggil untuk dilaksanakan.

322 ordinal scale skala ordinal

scale which provides a basis for measuring only the relative position of an object

skala yang menyediakan asas untuk mengukur hanya kedudukan relatif sesuatu objek.

795 orthoimage imej orto

image in which by orthogonal projection to a reference surface, displacement of image points due to sensor orientation and terrain relief has been removed.

imej yang mempunyai unjuran ortogonal ke permukaan objek rujukan, yang telah dibuat pembetulan geometri dan ralat ketinggian.

1241 owner pemilik

one with an interest in and dominion over content as a) "legal owner" in this entry, b) one with the right to exclusive use, control, or possession of content, c) a purchaser under a contract for the sale of real content

1. sesuatu dengan kepentingan atas kandungan sebagai) "pemilik sah" dalam entri ini.
2. sesuatu dengan hak untuk kegunaan eksklusif, kawalan, atau pemilikan kandungan.
3. pembeli di bawah kontrak untuk penjualan kandungan sebenar.

843 parametric datum datum parametrik

datum describing the relationship of a parametric coordinate system to an object.

datum yang menerangkan hubungan sistem koordinat parametrik dengan objek.

1242 party parti

person or organisation that plays a role in a rights transaction.

pihak-pihak yang berperanan dalam transaksi pemilikan seperti tanah, air dan udara.

864 pass lulus; laluan; genting; pas

single instance of a remote, mobile measuring system going by a target of interest

satu contoh sistem pengukur mudah alih yang terpencil yang dilakukan oleh sasaran tertentu.

1005 passive sensor penderia pasif

sensor that detects and collects energy from an independent source

penderiaan pasif menggunakan sumber tenaga semula jadi iaitu matahari. Sensor satelit mengesan dan mengukur pantulan cahaya matahari atau gelombang elektromagnetik daripada objek sasaran. Satelit dengan sistem penderian pasif hanya dapat mencerap maklumat muka bumi pada waktu siang sahaja.

328 performance indicator petunjuk prestasi

internal parameters of positioning systems indicative of the level of performance achieved

parameter dalaman bagi sistem kedudukan dalam menunjukkan tahap prestasi yang dicapai.

330 period kala; tempoh; zaman; noktah

one-dimensional geometric primitive representing extent in time

primitif geometri satu dimensi yang mewakili tempoh dalam sesuatu masa.

331 periodic time masa berkala

duration of one cycle

tempoh satu kitaran.

958 perspective centre pusat perspektif

projection centre.
point located in three dimensions through which all rays between object points and image points appear to pass geometrically

titik yang terletak di tiga dimensi di mana semua sinar antara titik objek dan titik imej yang boleh dilihat secara geometri.

333 physical quantity kuantiti fizikal

quantity used for the quantitative description of physical phenomena

kuantiti yang digunakan untuk menjelaskan secara kuantitatif fenomena fizikal.

1440 physiognomy fisiognomi

general appearance of an object or terrain, without reference to its underlying or scientific characteristics

penampilan umum sesuatu objek atau muka bumi tanpa merujuk kepada asasnya atau ciri saintifiknya.

619 pixel piksel

smallest element of a digital image to which attributes are assigned

kawasan terkecil yang boleh dicerap oleh penderia pada suatu ketika.

1280 place tempat

identifiable part of any space

ruang atau lokasi yang boleh dikenalpasti.

831 platform pelantar/platform

structure which supports a sensor, or sensors

struktur yang menyokong sensor, atau beberapa sensor.

336 point titik

0-dimensional geometric primitive, representing a position

1. biasanya merujuk kepada bentuk ukuran yang dijalankan berdasarkan titik-titik tertentu yang telah ditetapkan.
2. unsur geometri yang ditakrifkan mewakili kedudukan dalam bentuk koordinat x, y.

1408 point cloud titik awan

collection of data points in 3D space.

sekumpulan titik data mengandungi maklumat x,y,z dalam ruang 3 dimensi.

337 point coverage liputan titik

coverage that has a domain composed of points.

cakupan yang mempunyai domain yang mengandungi set data titik.